AHLAN WASAHLAN

Monday, December 29, 2008

ANTARA SIFAT ORANG MUNAFIK


Sejahat-jahat makhluk

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong?
Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong
tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah
tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

1.Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada
hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar.
Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi,
apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh
hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang
diselindungkannya.

2.Menutup mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka
apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik
yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah
dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan
kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

3. Gagap

Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba
gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi.
Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan
perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya,
kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda
bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk
menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas
tindakannya itu.

4. Pergerakan mata

Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya
dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya
kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda
berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata
seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan
tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan
berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan
dirinya tidak berbohong.

5. Melengah-lengahkan jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka
cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem,
batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang
tersebut mungkin berdusta.

6. Resah

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya.
Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja
menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan
sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang
itu sedang berbohong.

Kesimpulannya,

sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong,
kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya
dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada
dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan
normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.


Wallahu 'Alam

No comments: