AHLAN WASAHLAN

Tuesday, June 30, 2009

UKFA






Sempena MSR IKM Lumut, satu program UKFA( Ujian Kefahaman Fardhu Ain ) telah dilaksanakan jam 2.00 petang di dewan Hj Anuar IKM Lumut.

Sesungguhnya generasi kini perlu terus dibangunkan bersama dengan qur'an dan Sunnah Nabi saw.Setelah sekian tahun di adakan program sebegini, di dapati projek pendidikan dari sekolah rendah selama 6 tahun dan di ikuti dengan sekolah menengah selama 5 tahun , masih belum mampu melahirkan remaja dan generasi pelapis yang boleh menunaikan solat....tinjauan hasi kaji selidik 40 orang yang di tanya berkaitan asas fard Ain , seperti mengucap dan pengertiannya, membaca alfatehah dan Tahiyyat , hanya 5 orang sahaja yang boleh diterima...bayangkan apa yang bakal mereka warisi.....

Tetapi kami para pendidik akan cuba mendidik mereka selama 2 semester dengan libatkan mereka di dalam Persatuan Pendidikan Islam IKM.

Inilah antara lain mengapa saringan UKFA ini dilaksanakan, bagi mepastikan anak bangsa sendiri selain mereka berkemahiran, juga akan mempunyai asas didalam amalan fardhu Ain seharian.
Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua..amiin.

No comments: