AHLAN WASAHLAN

Monday, January 12, 2009

SAMBUNGAN E/TUS 3251


BAB 4: PERUNDANGAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:

1. Menjelaskan pengertian perundangan Islam.

2. Menyenarai dan menerangkan ciri-ciri dan prinsip-prinsip perundangan Islam.

3. Menyatakan sumber-sumber perundangan Islam.

4. Menjelaskan pengertian hudud, qisas dan ta’zir.

5. Mengklasifikasikan hukum dan bentuk kesalahan.

6. Membandingbezakan di antara hudud, qisas dan ta’zir.

7. Menyatakan mazhab-mazhab mu’tabar.

8. Menghuraikan latar belakang mazhab-mazhab mu’tabar.

9. Menyenaraikan sumbangan-sumbangan mazhab-mazhab mu’tabar.

4.1 KONSEP, PRINSIP DAN FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

4.1.1 PENGERTIAN PERUNDANGAN ISLAM

Perundangan Islam berasal daripada bahasa Arab, iaitu syariat yang bererti jalan yang lurus (al-tariqah al-mustaqimah), di mana sesiapa yang berpegang dengan jalan ini akan mendapat tawfiq dan hidayat.

Dari segi istilah, perundangan Islam ialah segala suruhan dan larangan serta segala petunjuk yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada manusia supaya mereka menjadi orang mukmin yang beramal dan patuh yang merangkumi aspek akidah, syariat dan akhlak.[1]

4.1.2 DALIL PERUNDANGAN ISLAM

Firman Allah s.w.t.:

******************************************.

Maksudnya: Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syari’at (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syari’at itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”

(Surah al-Jaatsiyah,45 : 18)

4.1.3 PRINSIP-PRINSIP PERUNDANGAN ISLAM

Terdapat beberapa prinsip utama yang menjadi dasar kepada syariat Islam. Antaranya ialah:

i. Beransur-ansur (At-Tadarruj Fi Al-Tasyri’)

Prinsip ini bermakna beransur-ansur atau berperingkat-peringkat dalam mensyariatkan sesuatu perintah kepada manusia. Tujuan atau matlamat kepada prinsip ini ialah supaya dapat mendidik jiwa masyarakat supaya mereka dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan perintah-perintah tersebut.

Prinsip ini amat jelas diberi penekanan pada masa wahyu diturunkan.Proses penurunan wahyu itu sendiri berlaku dalam tempoh 23 tahun secara berperingkat-peringkat.Ini kerana kedatangan Islam berhadapn dengan cabaran hebat dari masyarakat jahiliyyah yang sudah larut dengan amalan-amalan syirik, meyembah berhala, berzina, minum arak dan lain-lain.

Justeru itu kita dapati Allah secara beransur-ansur mengharamkan arak dalam tiga peringkat. Begitu juga dengan pengharaman riba dan lain-lain. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Sayidatina Aisyah pernah berkata: ………”Sekiranya di awal-awal ayat diturunkan kepada orang Arab ‘jangan berzina’ nescaya mereka akan berkata kami akan berzina selama-lamanya.

ii. Prinsip Keadilan

Syariat Islam adalah syariat yang adil dan mewajibkan keadilan ditegakkan dalam masyarakat. Kaedah-kaedah undang-undangnya tidak menyebelahi penguasa mengatasi kepentingan pihak yang dilaksanakn kuasa ke atasnya. Hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas sesuatu kesalahan juga adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Kaedah keadilan yang di gunakan ialah ”meletakkan sesuatu pada tempatnya”. Prinsip keadilan juga dipraktikan juga walaupun kepada musuh.

Syariat Islam juga menjelaskan hak-hak perseorangan, hak masyarakat dan seterunya secara lengkap setetusnya melaksanakan keadilan itu dengan berbagai cara melalui segala ciri-ciri hukumannya.

Selain daripada beberapa prinsip yang disebutkan di atas terdapt beberapa prinsip penting yang lain seperti prinsip akhlaqiyyah dan insaniyyah. Prinsip akhlak digunakan dalam semua dimensi hubungan manusia dalam ibadat serta muamalat, bahkan akhlak menjadi tunggak kepada risalah Nabi.

iii. Tidak Menyukarkan (‘Adam Al-Haraj)

Daripada prinsip ini pertama kita melihat sememangya syariat tidak bertujuan untuk membebankan manusia dengan pelbagai bebanan yang menyusahkan mereka. Amanah yang diberikan kepada manusia juga amat sedikit dan sememangnya mampu dilaksanakan oleh mereka. Contohnya, solat hanya diwajibkan lima kali sehari, puasa hanya sebulan dalam setahun dan sebagainya.

Daripada aspek yang lain pula kita dapati sememangya prinsip ini bertujuan mengelakkan kesulitan daripada manusia.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: “Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesulitan, tetapi ia berkehendak untuk membersihkan kamu.”

Al Maidah (5): 6

Lantaran prinsip ini kita dapati terdapat banyak kelonggaran samada dalam bentuk rukhsah atau azimah yang diberikan oleh syarak kepada umat Islam. Beberapa faktor yang membawa kepada kelonggaran ialah seperti sakit, musafir, lupa,terpaksa dan sebagainya.

4.1.4 FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

Falsafah undang-undang Islam adalah untuk mengawal lima perkara mutlak yang menjadi tunjang kesejahteraan dan keamanan seluruh umat manusia dan seluruh dunia.[2] Menurut istilah undang-undang Islam ia dinamakan al-Kuliyyat al-Khams iaitu:[3]

i. Menjaga agama

ii. Menjaga jiwa

iii. Menjaga keturunan

iv. Menjaga harta benda

v. Menjaga akal fikiran

4.2 SUMBER PERUNDANGAN ISLAM

Perundangan Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. berasaskan sumber-sumber yang benar dan diakui ketepatannya oleh para ulama. Sumber-sumber perundangan Islam terbahagi kepada dua iaitu sumber primer dan sumber skunder. Ini dapat digambarkan dalam gambarajah seperti berikut:

4.2.1 SUMBER PRIMER

Pertama: Al-Quran

Al-Quran dari segi bahasa ialah bacaan. Dari segi istilah, al-Quran bermaksud kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. dalam bahasa Arab. Diturunkan secara beransur-ansur[4] selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari[5] dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas dan diterima tanpa keraguan. Ia mengandungi 30 juzuk dan 114 surah. Dari segi bilangan ayat pula, terdapat tiga perbezaan pendapat ulama seperti berikut:

a. Ulama Kufah mengatakan 6,236 ayat.

b. Al-Suyuti mengatakan 6,000 ayat.

c. Al-Alusi pula mengatakan 6,616 ayat.

Keadaan ini berlaku disebabkan berbezanya para ulama melihat kalimah basmalah pada awal surah dan lafaz pembuka surah.[6] Namun pendapat yang kuat ialah sebagaimana pendapat ulama Kufah iaitu 6236 ayat. Setiap huruf al-Quran yang dibaca merupakan ibadat.

Al-Quran berfungsi sebagai pedoman bagi umat manusia untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Susunan bahasa dalam al-Quran itu sangat indah, unik dan istimewa. Ia merupakan kitab suci yang berisi berita dan pernyataan ilmiah yang mendorong kepada perkembangan ilmiah.

Peraturan dan perundangan Islam yang dibawa oleh al-Quran merupakan suatu yang lengkap (syumul). Ia mengandungi perkara-perkara yang berhubung dengan akidah, akhlak, ibadat-ibadat khusus, politik dan pentadbiran, ekonomi, sosial dan kebudayaan, kemasyarakatan dan kekeluargaan serta cabang-cabang kehidupan yang lain.

Antara contoh hukum yang terdapat di dalam al-Quran seperti firman Allah s.w.t.:

********************************

Maksudnya: “Maka dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

Al-Nisa’(4):103

Firman Allah s.w.t. lagi:

********************************

Maksudnya: “…Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar...”

Al-‘Ankabut (29): 45

Kedua: Hadis al-Qudsi

Dari sudut bahasa bererti hadis suci, iaitu hadis yang disandarkan kepada Allah s.w.t. di mana Allah s.w.t. berfirman tetapi disampaikan secara lisan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam erti kata lain, hadis qudsi ialah titah Allah s.w.t. yang disampaikan kepada nabi melalui mimpi atau dengan jalan ilham, lalu nabi menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah, sedangkan hadis-hadis lain tidaka sedemikian. Hadis qudsi juga dinamakan hadis ilahi atau hadis rabbani.[7]

Ketiga: Al-Sunnah

Dari segi bahasa sunnah bermaksud jalan yang dilalui sama ada terpuji atau tidak, juga sesuatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik. Menurut istilah ahli hadis, sunnah ialah segala yang datang dari Nabi s.a.w.yang berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan (taqrir), pengajaran, sifat dan kelakuan serta sejarah hidup.[8]

Ulama hadis berpendapat bahawa hadis dan sunnah mempunyai pengertian yang sama. Kedua-duanya berkaitan dengan ucapan, perbuatan atau ketetapan Nabi Muhammad s.a.w. Namun begitu, jika diamati sejarahnya, kedua-duanya berbeza dari segi penggunaan.[9]

Antara contoh al-Sunnah sebagai sumber perundangan hukum dalam Islam seperti sabda Rasulullah s.a.w.:



Maksudnya: “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang.”

Riwayat Bukhari

4.2.2 SUMBER SKUNDER

Pertama: Ijmak

Dari segi bahasa, ijmak bermaksud sepakat. Manakala pada istilah, ijmak bermaksud persetujuan antara ulama Islam (mujtahidin) daripada umat Nabi Muhammad s.a.w. mengenai hukum syarak pada suatu masa selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.[10]

Ijmak diwujudkan untuk mengatasi sesuatu masalah yang ingin diselesaikan yang tidak dapat ditentukan dalam al-Quran dan hadis. Ulama umumnya sepakat bahawa ijmak dapat dijadikan dalil dalam menetapkan sesuatu hukum kecuali ulama Syiah. Ertinya, apabila ulama pada sesuatu masa tertentu setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat bersepakat tentang sesuatu masalah, ulama generasi berikutnya tidak boleh mengingkarinya. Tidak ada ijtihad dalam persoalan yang telah menjadi ijmak. Ijmak sebagai salah satu sumber hukum setelah al-Quran dan hadis.[11]

Terdapat beberapa ayat al-Quran dan hadis yang dijadikan dalil oleh ulama untuk menunjukkan ijmak sebagai dalil. Antaranya:

**************************

Maksudnya: “Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah s.a.w. sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan kesesatan yang dipilinya, dan pada hari akhirat kelak Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.”

Al-Nisa’ (4): 115

Dalam salah satu hadis, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

*****************************

Maksudnya: “Umatku tidak bersepakat dalam kesesatan”

(Riwayat al-Tirmizi)

Kedua: Qiyas

Qiyas merupakan salah satu kaedah ijtihad yang banyak digunakan oleh ulama usul fiqh dalam menetapkan kesimpulan hukum Islam ketika hukum suatu kes tidak ada/jelas dalam nas (al-Quran dan al-hadis). Kebanyakan ulama berpendapat, qiyas dapat dijadikan dasar pendekatan penetapan hukum. Walaupun demikian, kekerapan penggunaan qiyas di kalangan mujtahid berbeza-beza.[12]

Qiyas berasal dari bahasa Arab al-Qiyas (membandingkan atau menyamakan sesuatu dengan yang lain). Dari segi bahasa bermaksud ukuran atau anggaran. Dari segi istilah, al-Qiyas ialah menghubungkan hukum yang tidak ada (cabang) kepada hukum yang ada (asal) kerana bersamaan illat (sebab). Contohnya kewajipan mengeluarkan zakat padi diqiaskan daripada gandum.[13]

Menurut ulama usul fiqh, qiyas ialah memberikan hukum terhadap kes yang tidak ada ketentuannya dalam nas dengan hukum kes yang ada ketentuannya dalam nas, kerana illat (sebab) kedua-dua kes itu sama. Contohnya, arak itu haram berdasarkan ayat al-Quran kerana memabukkan. Dadah bersifat menghayalkan jika diambil. Disebabkan illatnya sama (merosakkan akal), dadah juga haram.

Dalil qiyas ialah firman Allah:

*****************************

Maksudnya: “Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.”

Al-Haj (59): 2

4.3 KLASIFIKASI HUKUM

4.3.1 HUDUD

a. Pengertian

Hudud adalah suatu istilah undang-undang yang bererti hukuman-hukuman (seksaan-seksaan) tertentu yang ditentukan oleh al-Quran dan al-Sunnah untuk kesalahan-kesalahan tertentu. Ia wajib dilaksanakan oleh pemerintahan Islam sebagai menunaikan hak Allah s.w.t.

b. Jenis Kesalahan Dan Hukuman

Hukuman-hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang telah diperuntukkan adalah seperti rajah berikut:-

Bil.

Jenis-jenis kesalahan

Jenis-jenis hukuman

1.

Mencuri

Potong tangan

2.

Merompak

i. Hukuman mati

ii. Hukuman sula

iii. Potong tangan

iv. Potong kaki

v. Buang negeri

(hukuman mengikut berat/ringan dalam rompakan)

3.

Berzina

i. Rejam (penzina muhsan)

ii. Sebat 100 kali (penzina tidak muhsan)

4.

Tuduhan zina tanpa 4 saksi

80 kali sebatan dan dinafikan penyaksiaannya

5.

Minum arak

40 kali sebatan.

6.

Murtad

Hukuman mati

7.

Menderhaka (bughah)

Hukuman mati

c. Dalil Dan Contoh

1. Bagi kesalahan mencuri. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-dua mereka (sebagai) pembalasan terhadap apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan (kemurkaan)dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Al-Ma’idah (5):38

2. Bagi kesalahan merompak. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan rasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi hendaklah mereka dibunuh atau disula atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bertimbal-balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat pula mereka mendapat seksaan yang besar”.

Al-Ma’idah (5): 33

3. Bagi kesalahan berzina. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Perempuan-perempuan yang berzina dan lelaki-lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan dan janganlah belas kasihan kepada keduanya menghalang kamu dari menjalankan agama(hukuman) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan hendaklah perlaksanaan hukuman terhadap mereka berdua disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”.

Al-Nur (24): 2

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Ambillah dari aku, ambillah dari aku, sesungguhnya Allah telah menciptakan untuk mereka(penzina-penzina) jalan: iaitu jika teruna dan dara hendaklah disebat 100 kali dan dibuang negeri selama setahun, dan jika dewasa (telah berkahwin) hendaklah disebat 100 sebatan dan direjam”.

4. Kesalahan tuduhan zina tanpa empat orang saksi (qazaf). Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik melakukan zina dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (penuduh) dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selama-lamanya dan mereka itulah orang-orang yang fasiq”.

Al-Nur (24): 4

5. Kesalahan minum arak. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji dari perbuatn syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu ingin menimbulkan permusuhan dan kebencian di kalangan kamu dengan meminum arak dan berjudi, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang, maka adakah kamu mahu berhenti (dari melakukan perkara tersebut)”.

A-Ma’idah (5): 90-91

Hadith yang diriwayatkan Imam Muslim bermaksud:

“Ali r.a telah menyebat al-Walid bin Aqbah empat pulu kali sebatan kemudian berkata: Rasulullah telah menyebat sebanyak empat puluh kali, begitu juga Abu bakar, manakala Umar sebanyak lapan puluh kali dan setiap pendapat (80 atau 40 kali )adalah sunnah.”

6. Kesalahan murtad. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Barangsiapa yang murtad di kalangan kamu dari agamanya lalu dia mati dalam keadaan kekafiran itu, maka sia-sialah segala amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka inilah penghuni neraka dan kekal di dalamnya selama-lamya.

Al-Baqarah (2): 217

Terdapat hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Sesiapa yang menukar agamanya (keluar dari Islam) maka bunuhlah ia”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas)

7. Kesalahan menderhaka kepada pemerintah Islam (bughah). Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Hanya sanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja) atau di buang negeri (kalau mwereka mengganggu ketenteraman awam. Hukuman yang demikian adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

Al-Ma’idah (5): 33

4.3.2 QISAS

a. Pengertian

Perkataan qisas dari segi bahasa bermaksud memotong dua sesuatu secara sama banyak seperti gunting memotong kain atau kertas secara sama ukurannya. Dari segi istilah perundangan pula bermaksud suatu hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia. Qisas juga bermaksud hukuman yang sama dikenakan dengan jenayah yang dilakukan. Contohnya seseorang yang membunuh hendaklah dibalas bunuh, cedera dibalas cedera dengan cara yang tertentu.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan dalam pelaksanaan hukuman qisas itu menjamin kelangsungan hidup bagimu, wahai orang-orang yang bijaksana semoga kamu bertaqwa”.

Al-Baqarah (2): 179

b. Jenis Kesalahan Dan Hukuman

Bil.

Jenis-jenis Kesalahan

Jenis- jenis Hukuman

1

Membunuh orang

a. Dengan sengaja

b. Seakan-akan sengaja

c. Tidak sengaja

a. (i) Haram mendapat pusaka dan wasiat

(ii) Membayar kaffarah/diyat

(iii) Bunuh atau dimaafkan tanpa syarat

b. Diyat yang penuh

c. (i) Diyat yang ringan

(ii) Kaffarah dengan membebaskan seorang hamba perempuan.

2

Mencederakan orang

a. Dengan sengaja

b. Dengan tersalah

a. Cedera dibalas cedera dengan syarat tertentu jika tidak memenuhi syarat hendaklah dikenakan diyat yang penuh.

b. Diyat penuh atau diyat ringan

Diyat bermaksud sejumlah harta tertenu yang dibayar oleh pesalah qisas terhadap satu kematian yang disebabkannya atau terhadap satu kecederaan yang diakibatkannya. Diyat penuh (sempurna) iaitu seratus ekor unta atau senilai dengannya.

4.3.3 TAKZIR

a. Pengertian

Takzir Ialah jenis hukuman yang tidak ditetapkan kadar dan bentuknya yang wajib dilaksanakan bagi menunai hak Allah dan hak manusia dalam setiap kesalahan yang tidak dikenakan hukuman hudud dan qisas.

b. Jenis-jenis Takzir

Kesalahan takzir boleh di bahagikan kepada dua iaitu:

Pertama: Takzir Bagi Hak Allah

Iaitu bentuk-bentuk kesalahan yang mengancam kepentingan umum tanpa kepada orang-orang tertentu. Contohnya menghasut dan memporak porandakan masyarakat.

Kedua: Takzir Bagi Hak Manusia

Iaitu kesalahan-kesalahan yang menyentuh peribadi tertentu atau kumpulan tertentu seperti memaki, memukul, merampas harta seseorang, menzalimi seseorang yang tidak boleh disabitkan kepada hukuman hudud dan qisas.

c. Bentuk Hukuman Takzir

Antara bentuk hukuman takzir ialah:

i. Teguran dan amaran

ii. Ancaman dan ugutan

iii. Boikot

iv. Pemberitahuan kepada umum

v. Denda dan rampasan harta.

vi. Penjara

vii. Sebatan

viii. Perlucutan jawatan

4.3.4 PERBEZAAN ANTARA HUKUM HUDUD, QISAS DAN TAKZIR

SKOP

HUDUD

QISAS

TAKZIR

Huquq

(Hak-hak)

§ Hak Allah (kepentingan umum) yang wajib dilaksanakan

§ Hak manusia (kepentingan individu)

§ Hak Allah (mengancam kepentingan umum)

§ Hak manusia (menyentuh kepentingan individu / kumpulan tertentu)

Status

§ Hukumannya tetap dan mesti dilaksanakan setelah sabit tuduhan ke atas seseorang mengikut al-Quran dan Sunnah

§ Hukuman boleh berubah dengan keampunan atau kemaafan dari yang menuntut atau ganti rugi dengan bayaran/ diat

§ Hukumannya berubah bentuk dan kadarnya mengikut budi bicara hakim

Jenis Kesalahan

§ Zina

§ Qazaf (menuduh orang baik berzina tanpa saksi dan bukti)

§ Minum arak

§ Mencuri

§ Merompak

§ Menyamun

§ Riddah (murtad)

§ Membunuh dengan sengaja

§ Mencederakan seseorang

§ Mencacatkan anggota orang lain

§ Perbuatan-perbuatan maksiat Contohnya berjudi, bertenung nasib, berkhalwat, nombor ekor

§ Perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan awam. Contohnya merosakkan harta benda awam, memandu kenderaaan dalam keadaan bahaya

§ Perbuatan atau tegahan dalam Islam. Contohnya tidak mengerjakan solat, tidak menunaikan solat Jumaat, tidak berpuasa di bulan Ramadan dan lain-lain yang merupakan pelanggaran kepada perintah dan larangan Allah

Hukuman

§ Zina: Jika belum berkahwin hukuman-nya disebat 100 kali, jika telah berkahwin hukuman-nya direjam sampai mati

§ Qazaf: Disebat 80 kali

§ Minum arak: Disebat 40 kali

§ Mencuri: Dipotong tangan dipergelangan tangan

§ Merompak: Sekiranya mengganggu ketenteraman awam, hendaklah dipenjara atau dibuang daerah. Jika mengambil harta tanpa membunuh, tangan dan kakinya hendaklah dipotong secara bersilang. Sekiranya membunuh, dia hendaklah dibunuh. Sekiranya merompak dan membunuh hukuman-nya dibunuh serta dipalang.

§ Murtad: Hukum bunuh setelah disuruh bertaubat dan diberi tempoh tertentu

§ Membunuh dengan sengaja: Dibunuh balas

§ Mencederakan anggota badan: Dicederakan sebagaimana dia mencederakan mangsanya.

§ Nasihat

§ Teguran

§ Ancaman

§ Pemulauan

§ Pengisyiharan umum

§ Denda dan merampas harta

§ Penjara

§ Sebat

§ Buang daerah

4.4 PENGENALAN MAZHAB DALAM ISLAM

4.4.1 PENGERTIAN MAZHAB

Mazhab dari segi bahasa ialah tempat untuk berjalan atau jalan itu sendiri. Dari segi istilah ia bermaksud hukum-hukum yang terdiri daripada kumpulan masalah-masalah. Dengan pengertian ini, terdapat persamaaan makna dan maksud dari segi bahasa dan istilah. Iaitu dari segi bahasa ia merupakan jalan yang menyampaikan kehidupan dunia dan hukum hakam pula boleh menyampaikan kepada akhirat.[14]

4.4.2 SEBAB-SEBAB KELAHIRAN MAZHAB

Meskipun mazhab-mazhab itu lebih merupakan suatu fenomena yang tabii kepada perkembangan fiqh Islam namun ianya juga ada sebab-sebab secara langsung yang mendorongi kelahirannya. Secara ringkasnya sebab-sebab tersebut bolehlah digalurkan seperti berikut:

i. Perbezaan Antara Para Fuqaha Dalam Teori Hukum

Perbezaan ini ialah merupakan asas pertama kepada wujudnya mazhab-mazhab hukum. Kalau ditakdirkan bahawa perbezaan seperti itu tidak pernah muncul di kalangan para fuqaha maka pertumbuhan mazhab seperti yang diperkatakan ini tidak berlaku.

ii. Wujudnya Personaliti Yang Kuat

Personaliti-personaliti yang kuat ini telah lahir di kalangan para fuqaha yang ternama pada waktu itu sehingga menjadikan orang ramai cukup terpengaruh dengan mereka dan merasakan bahawa pada merekalah tempat menumpang ilmu.

iii. Lahirnya Kelas-Kelas Pengajaran Secara Teratur

Dalam perkembangan ini, kebanyakan para fuqaha mengadakan kelas-kelas pengajaran mereka sendiri dengan cara yang lebih teratur, yang menarik para pelajar untuk datang mengajar dengan cara yang lebih teratur. Wujudnya kelas-kelas pengajaran yang terature ini juga menjadikan fuqaha berkenaaan lebih terkenal di seluruh pelusuk negeri.

iv. Kesetiaan Para Murid Terhadap Para Guru Mereka

Kesetiaan ini menjadikan para murid akan sentiasa menyebut para guru mereka dan mengajak orang ramai supaya menghayati pengajarannya sesudah kematian mereka.

4.4.3 MAZHAB-MAZHAB FIQH TERNAMA

Sejarah perundangan Islam telah melahirkan mazhab-mazhab dari masa ke semasa. Mazhab-mazhab ini boleh di kategori kepada dua iaitu:

Mazhab Yang Masih Kekal

Dan Terus Diamalkan

Mazhab Yang Sudah

Tidak Diamalkan

· Mazhab Syafie

· Mazhab Auza’i

· Mazhab Maliki

· Mazhab Zahiri

· Mazhab Hanbali

· Mazhab Tabari

· Mazhab Hanafi

· Mazhab Thauri

Pertama: Mazhab Syafie

a. Riwayat Hidup

Nama penuhnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafie. Beliau lahir pada tahun 767 Hijriah di Gaza, Palestin. Beliau digelar As-Syafie sempena nama datuknya Syafie bin Saib. Beliau berasal daripada kaum bangsawan Quraisy dan mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Muhammad s.a.w. di sebelah datuknya, Abdul Manaf. Ayahnya meninggal dunia semasa Syafie berusia dua tahun, lalu beliau dibawa oleh ibunya ke Makkah. Di negeri inilah Imam Syafie dibesarkan dan mula giat menuntut ilmu. Dalam usia kira-kira tujuh tahun, beliau telah menghafal al-Quran. Kemudian beliau belajar hadis dan mendalami sastera. Sebelum berguru dengan Imam Malik, Syafie telah menghafal kitab al-Muwatta’, karya Imam Malik. Mazhab Shafie lahir setelah adanya dua mazhab yang melampau (Hanafi yang rasional dan Maliki yang tradisional), Mazhab Syafie mengambil jalan tengah. Beliau meninggal dunia pada tahun 820 di Fustat, Mesir.

b. Sumbangan Dan Karya

Imam As-Syafie merupakan salah seorang ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada al-Quran, al-Hadis, Ulama-ulama, Qias dan Masolih al-Mursalah. Beliau mengeluarkan pendapatnya sendiri dengan berdasarkan sumber-sumber di atas, pendapat Imam As-Syafie mudah diterima oleh sebilangan besar umat Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum. Beliau menyarankan pengikutnya agar berusaha untuk mendapatkan hujah daripada ai-Quran dan as-Sunnah. Imam Syafie membahagikan perkara-perkara bidaah kepada dua bahagian iaitu:

(1) Bidaah Hasanah (bidaah yang baik)

(2) Bidaah Dhalalah (bidaah yang sesat)

Imam As-Syafie telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab. Terdapat beberapa buah kitab yang masyhur, misalnya;

i. Dalam bidang usul fikah

· Ar-Risalah

· Ahkamul Quran

· Abtal Al-Istihsan

ii. Dalam bidang fikah

· Al-Umm

· Al-Faraid

· Al-Mukhtasar Al- Kabir

iii. Dalam bidang hadis

· Al-Amali

· Al-Masnad

· Ikhtilaf Al-Hadis

Kedua: Mazhab Maliki

a. Riwayat Hidup

Nama penuh Imam Malik ialah malik bin Anas bin Abi Amir al-Asbahi. Beliau dilahirkan di Madinah pada 712 dan meninggal dunia pada 796. Beliau berasal daripada keturunan Arab Yaman. Sejak muda, Malik tekun belajar hadis. Antara guru Imam malik ialah Rabi’ah bin Abdurrhaman, Abdurrahman bin Hurmus, Nafi’ dan Syihab al-Zuhri. Beliau dikurniakan akal yang cerdas serta berkemampuan menghafaz ayat-ayat al-Quran dalam usia yang masih muda. Beliau sentiasa bergaul dengan masyarakat tanpa mengira darjat, pangkat ataupun keturunan. Beliau seorang yang tabah dalam menghadapi cabaran dakwah sama ada terhadap rakyat ataupun pemerintah. Beliau pernah diseksa kerana mengeluarkan fatwa yang tidak dipersetujui oleh Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur.

b. Sumbangan Dan Karya

Imam Malik merupakan seorang ulama hadis yang sangat dihormati. Beliau sangat berhati-hati dalam menyelidik sanad dan periwayat hadis untuk memastikan kesahihan hadis-hadis tersebut. Sebanyak 100,000 hadis telah dihafal oleh Imam Malik, namun tidak semua hadis tersebut diterima untuk dijadikan sumber hukum. Setelah ditapis hanya 10,000 hadis saja yang diakuinya sah. Daripada jumlah tersebut hanya 5000 sahaja yang diakuinya sah. Hadis-hadis sahih tersebut disusun mengikut urutannya dan dibukukan. Ia dinamakan Kitab Al-Muwatta’. Selain kitab tersebut, terdapat kitab-kitab lain yang dikarang antaranya:

· Al-Mukhtasar Al-Kabir

· Al-Mukhtasar As-Saghir

· Al-Usul

· Ahkamul Quran

Mazhab Maliki berkembang di Morocco, Algeria, Tripoli (Libya), Iraq dan Palestin.

Ketiga: Mazhab Hanbali

a. Riwayat Hidup

Nama penuhnya Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. Beliau dilahirkan di Salam, Baghdad pada 164 H. Beliau merupakan pengasas mazhab Hanbali yang merupakan satu daripada empat mazhab yang terkenal hingga kini. Dikenali dengan nama Hanbali bersempena nama datuknya Hanbal bin Hilal As-Syaibani. Ketika usianya masih muda, beliau sudah menghafal al-Quran. Beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada Hadis Nabi Muhammad s.a.w. sehinggakan beliau pergi melawat ke pelbagai kota untuk mendapatkan hadis seperti ke Hijaz, Kufah dan Basrah. Imam Ahmad sangat taat pada perintah Allah s.w.t. dan kuat beribadat. Anaknya telah telah mengatakan bahawa bapanya menunaikan solat sunat sebanyak 300 rakaat sehari semalam dan khatam al-Quran dalam masa yang singkat, iaitu tujuh hari. Beliau meninggal dunia pada 214H ketika berusia 77 tahun.

b. Sumbangan Dan Karya

Imam Ahmad berpegang kuatpada hadis Rasulullah S.A.W selain al-Quran, Beliau amat berhati-hati mengenai hadis yang berkaitan dengan masalah halal dan yang haram, sama ada periwayatnya ataupun sanadnya. Semasa hayatnya, beliau telah mengadakan berbagai-bagai majlis ilmu, misalnya untuk pengajian umum dan pengajian khusus. Dalam majlis ilmu tersebut, beliau sentiasa menggunakan kitab-kitab yang ditafsirnya sendiri. Antara karya Imam Ahmad ialah:

· An-Naskh wal-Mansukh

· Tafsir al-Quran

· Kitab Tatur-Rasul

· Kitab Al-IIal

Pengikut Mazhab Hanbali sebahagian besarnya terdapat di Palestin, Najd, Mesir, Syria dan Baghdad.

Keempat: Mazhab Hanafi

a. Riwayat Hidup

Nama sebenar beliau ialah An-Nukman bin Thabit bin Zuhti. Beliau lebih dikenali sebagai Abu Hanifah. Nama Abu Hanifah diberikan kepadanya kerana beliau seorang yang taat beribadat. Setelah menjadi Mujtahid, beliau dipanggil dengan sebutan Imam Hanafi dan mazhabnya dinamakan Mazhab Hanafi. Tokoh yang terkenal kerana memiliki kecerdasan yang tinggi ini dilahirkan di Kufah dan meninggal dunia di Baghdad. Disebabkan keluasan ilmunya beliau diberi julukan al-imam al-a’zam, imam yang paling agung. Sebagai seorang yang gemar mengembara, pengalamannya itu sangat mempengaruhi corak fikahnya yang lebih menekankan aspek muamalah (kehidupan sosial).

b. Sumbangan Dan Karya

Imam Abu Hanifah mempunyai kepakaran dalam ilmu hadis dan berupaya membezakan sesuatu hadis itu samada sahih ataupun tidak. Beliau juga seorang ulama yang banyak berpegang kepada fikiran dalam menentukan sesuatu hukum kecuali terdapat dalil-dalil yang sahih sama ada daripada Al-Quran ataupun Al-Hadis. Beliau tidak tergolong dikalangan ahli-ahli hadis atau periwayat hadis. Imam Abu Hanifah berkeupayaan menghuraikan hukum-hukum fikah dalam permasalahan yang timbul sehingga menjadi bab-bab untuk memudahkan penggunanya seperti yang terdapat sekarang ini. Beliau tidak menggalakkan murid-muridnya bertaklid bahkan mereka digalakkan menggunakan fikiran atau dalil-dalil yang sah mengenai sesuatu hukum. Sebagai ulama yang terkemuka, beliau banyak mencatatkan sebahagian ideanya dalam bentuk buku. Antara karya sumbangannya ialah:

· Al-Faraid

· Fikah Akbar

· Al-Alim Wal-Mutaallim

· Masnad Fikah Akbar

Aliran mazhab ini berkembang hingga kini iaitu di Mesir, Syria, Turki, Algeria, Pakistan dan lain-lain.

BAB 5:

KONSEP DAN FALSAFAH EKONOMI

DAN KEWANGAN ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan ekonomi dan kewangan Islam.

2. Menjelaskan garis panduan ekonomi Islam.

3. Menghuraikan konsep asas ekonomi dan kewangan Islam.

4. Menyenaraikan produk-produk ekonomi dan kewangan Islam.

5. Mengenalpasti prinsip-prinsip syariah yang digunakan dalam produk-produk tersebut.

6. Menyatakan contoh-contoh institusi kewangan Islam.

7. Menjelaskan fungsi-fungsi institusi kewangan Islam.

5.1 FALSAFAH EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM

Pada dasarnya, falsafah ekonomi dan kewangan Islam adalah berteraskan ajaran Islam terhadap kehidupan, manusia dan Allah. Falsafah ekonomi Islam telah dirumuskan oleh Afzal-ur Rahman seperti berikut:[15]

i. Konsep Tauhid - pengajian Tauhid mengajar manusia untuk menilai hubungannya antara manusia dalam naungan hubungannya dengan Allah. Implikasi Tauhid adalah bahawa Allah adalah Pencipta dan manusia sebagai ciptaan-Nya adalah sama rata di antara satu sama lain. Semua sumber adalah ciptaan Tuhan jua. Oleh yang demikian, dari sudut ekonomi, Tauhid membawa pengertian persaudaraan di antara manusia dimana manusia perlu bekerjasama untuk menegakkan kesaksamaan dan setiap orang mempunyai hak kepada sumber-sumber ciptaan Tuhan.

ii. Konsep Penguasa (Rububiyyah) - Tuhan adalah Penguasa yang dari-Nya datang peraturan yang bertujuan menjaga dan menampung kehidupan makhluk kepada kesempurnaan. Implikasi konsep ini pada ekonomi adalah bahawa dalam tindak tanduk manusia, ia bebas bergerak seluas-luasnya dalam lingkungan garis panduan yang disediakan oleh Tuhan. Apa-apa peraturan yang manusia wujudkan perlu selari dan seiring dengan peraturan Tuhan.

iii. Konsep Penyucian Akhlak (Tazkiyyah) - Konsep ini adalah bagi membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak yang mendekatkan diri manusia kepada Tuhannya serta memupuk perasaan tanggungjawab secara bersama terhadap manusia dan makhluk. Usaha penyucian akhlak meliputi aspek amalan-amalan ibadat yang difardhukan bagi orang Islam berteraskan ilmu. Dari sudut harta, keperluan tazkiyyah adalah kepada pembersihan harta melalui zakat dan sedekah bagi mencapai al-falah (kejayaan) di dunia dan juga akhirat.

iv. Hari Pembalasan - Kepercayaan kepada Hari Pembalasan akan menjadikan kegiatan ekonomi manusia sentiasa prihatin terhadap kesan pada Hari Pembalasan. Oleh demikian, melalui keyakinan akan hari pembalasan, prinsip keadilan akan sentiasa dijunjung dan tindakan manusia dilaksanakan dengan penuh kesedaran dan keikhlasan sebagai suatu ibadat.

v. Manusia Sebagai Khalifah - Sebagai khalifah Tuhan di muka bumi, manusia akan menjaga amanah dan bertanggungjawab dalam segala tindak tanduknya. Prinsip amanah akan mencegah manusia dari melakukan ketidakadilan dan kezaliman lantas ditakuti akan dipersoalkan keamanahannya di hari Akhirat.

vi. Kesamaan dan Persaudaraan Manusia - Persaudaraan kemanusiaan merentasi batasan geografi, bangsa, warna kulit dan sebagainya bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab, tolong-menolong, bekerjasama, hormat-menghormati, tidak menindas dan tidak mengeksploitasi. Hak setiap individu dilindungi bagi meningkatkan kebajikan umum.

vii. Konsep Hak Milik - Hak milik mutlak harta adalah milik Allah Tuhan semesta alam. Manusia adalah sebagai pemegang amanah. Manusia berhak ke atas apa yang diusahakan dari sumber yang diperolehi. Pendapatan manusia dari penggunaan sumber ini adalah atas usahanya dan hak ini tidak boleh dinafikan. Manusia tidak boleh menafikan hak ini atas orang lain. Penafian hak penggunaan sumber bererti telah melakukan penindasan dan ini juga dianggap adalah sebahagian daripada ciri-ciri riba. Manusia lahir dalam dunia tanpa apa-apa tetapi dengan pertolongan Tuhan dan ahli masyarakat, la memiliki harta. Dari sudut ekonomi, keperluan asas manusia mesti dijamin.

5.2 KONSEP ASAS EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM

a. Definisi Ekonomi dan Kewangan Islam

Islam adalah ad-deen, iaitu satu-satunya cara hidup yang di tentukan oleh Allah s.w.t. untuk kepentingan dan kesejahteraan umat seluruhnya. Al-Deen bersifat menyeluruh dan bersepadu mencakupi semua aspek kehidupan manusia, termasuk soal-soal politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Sistem ekonomi juga merupakan sebahagian daripada al-deen Islam. Maka segala hukum dan sistem ekonomi itu berasaskan dan bersumberkan al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qiyas. Panduan Islam dalam urusan kegiatan ekonomi manusia disebut fiqh al-muamalat.

Pelbagai definisi yang diberikan tentang sistem ekonomi antaranya ialah sebagai jaringan institusi-institusi dan penyusunan yang diarahkan kepada penggunaan sumber-sumber terhad bagi sesuatu organisasi,[16] sesetengah penulis lain pula mendefinisikan sistem ekonomi itu ialah himpunan kaedah dan peraturan yang menerangkan bagaimana kekayaan diagihkan, dimiliki dan diuruskan serta menerangkan perhubungan kewangan antara individu sesama individu.[17] Manakala menurut Hailani Muji Tahir (1991) menerangkan bahawa ekonomi Islam adalah suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku manusia dalam soal mengguna dan menguruskan sumber-sumber alam untuk kepentingan diri dan juga kepentingan masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah.[18]

Secara kesimpulannya, ekonomi Islam boleh didefinisikan sebagai suatu usaha kegiatan manusia mengikut nilai-nilai hukum dan peraturan-peraturan tertentu dalam mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk dimanfaatkan semaksima mungkin, bukan sahaja untuk keperluan diri dan tanggungannya, tetapi juga untuk menjamin hak dan kepentingan ramai bagi memenuhi kehendak semua pihak dengan matlamat akhirnya untuk mendapat keredhaan Allah.

Sistem kewangan pula adalah terdiri daripada intrumen-instrumen, institusi-institusi, pasaran-pasaran dan peraturan-peraturan mengenai kelakuan perdagangan yang mempercepatkan laluan dana daripada pembeli kepada penjual dan daripada penyimpan kepada peminjam. Secara mudah sistem kewangan Islam didefinisikan sebagai satu area di mana dana-dana diniagakan antara si penghutang dengan si pemiutang dengan menggunakan prinsip-prinsip syariat Islam.[19] Contoh sistem kewangan boleh dilihat pada rajah dibawah, pusingan kewangan yang ditunjukkan pada rajah tersebut dinamakan sebagai sistem kewangan.



Rajah: Contoh Sistem Kewangan Islam [20]

5.3 PRODUK-PRODUK KEWANGAN ISLAM

Malaysia telahpun memajukan sistem ekonomi Islam dengan menyediakan produk-produk yang berasaskan prinsip Islam. Kebanyakkan produk-produk ini dicipta melalui proses pengalaman dan pengkajian. Biasanya produk konvesional dikenal pasti dan dikaji cara yang terbaik untuk memberi kemudahan yang sama melalui sistem kewangan Islam. Ianya telah di uji oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan daya majunya produk-produk ini telahpun terbukti.

Antara produk kewangan Islam yang telahpun terbukti dayamajunya adalah seperti berikut:-

5.3.1 AKAUN SIMPANAN DAN AKAUN SEMASA[21]

Akaun simpanan dan akaun semasa menggunakan prinsip al-Wadi’ah Yad Damanah. Bank akan menyediakan buku akaun simpanan kepada penyimpan akaun simpanan dan buku cek kepada penyimpan akaun semasa. Bank boleh mengenakan sedikit bayaran terhadap pemegang akaun semasa kerana khidmat yang diberikan oleh bank kepadanya.

Konsep wadiah dalam Islam ialah kontrak antara tuan punya barang atau wang dengan pihak yang menyimpan atau menjaga barangan tersebut demi memelihara daripada berlaku kerosakan dan kehilangan. Penyimpan atau bank menerima simpanan di bawah konsep Damanah iaitu bank memberi jaminan akan memulangkan kesemua atau sebahagian daripada simpanannya pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh tuan punya.

Memandangkan kontrak ini menetapkan segala kerosakan atau kehilangan perlu diganti, pihak yang menyimpan berhak mengenakan bayaran tetapi bank tidak mengenakan apa-apa bayaran tetapi sebaliknya ia meminta keizinan penyimpan untuk menggunakan wang itu bagi tujuan perniagaan atau pelaburan yang diharuskan oleh Islam. Tanggungjawab bank adalah berdasarkan jaminan dan ia wajib ia wajib mengembalikan jumlah wang itu pada bila-bila masa yang dikehendaki.

Penyimpan tidak mempunyai sebarang hak terhadap keuntungan yang diperolehi oleh bank hasil daripada penggunaan wang simpanan tersebut. Namun bank mungkin memberikan sebahagian daripada keuntungannya kepada penyimpan sebagai hadiah atau hibah tanda penghargaan. Pemberian hadiah tersebut kepada penyimpan adalah semata-mata atas budi bicara bank.

5.3.2 AKAUN PELABURAN[22]

Akaun pelaburan terbahagi kepada dua iaitu akaun pelaburan khas dan akaun pelaburan am. Pelabur yang membuka akaun pelaburan akan disediakan sijil pelaburan yang mencatatkan jumlah pelaburan dan tarikh matang pelaburan tersebut. Produk ini berasaskan kepada prinsip al-Mudharabah.

Kontrak mudharabah adalah satu kontrak yang melibatkan dua pihak dan pihak-pihak ini tidaklah semestinya terdiri daripada satu orang sahaja pada satu pihak. Pelabur boleh menyerahkan wangnya untuk diusahakan oleh bank. Mudharib pula setelah mendapat keizinan pelabur boleh mengusahakan wang tersebut. Prinsip asas dalam mudharabah ini ialah pelabur bersedia mengambil risiko bagi modal yang dilaburkannya. Manakala pengusaha atau bank (mudharib) pula bersedia mengambil risiko terhadap masa dan tenaga usahanya yang telah dicurahkan.

5.3.3 PEMBIAYAAN

a. Pembiayaan Modal Kerja[23]

Pembiayaan modal kerja biasanya disediakan kepada kontraktor, pekilang dan peniaga yang memerlukan pembelian stok dan inventori alat-alat ganti atau barangan separuh siapdan bahan mentah. Pembiayaan ini dilakukan mengikut prinsip al-Murabahah iaitu jualan dengan margin keuntungan.

Dalam kontrak ini harga dan lain-lain kos serta margin keuntungan ditetapkan semasa perjanjian jual beli dimeterai. Mula-mulanya bank membeli atau melantik pelanggan sebagai agen bagi pihaknya untuk membeli barangan yang dikehendaki daripada pembekal dan membayar harga barangan tersebut dengan menggunakan dananya sendiri. Kemudian bank menjual barangan itu kepada pelanggan secara kredit pada harga yang telah dipersetujui yang mengandungi harga kos serta ditambah margin keuntungan mengikut prinsip al-Murabahah. Bayaran balik oleh pelanggan akan dibuat akan dibuat dalam tempoh tertentu sebagaimana yang dipersetujui bersama. Secara umumnya Murabahah tertakluk kepada rukun dan syarat-syarat jual beli biasa dalam Islam, Cuma terdapat beberapa syarat khusus untuknya, antaranya ialah :-

i. Penjual hendaklah menyatakan kos yang sebenar bagi barang yang hendak dijual itu kepada pembeli.

ii. Penjual dan pembeli sama-sama bersetuju di atas kadar keuntungan yang ditetapkan sebagai tambahan kepada kos sebenar barangan tersebut yang menjadi harga kepada barangan itu.

iii. Sekiranya berlaku kekecohan dalam menerangkan kos sebenar barangan tersebut, pihak pembeli boleh membatalkan akad yang telah dijalankan dan dengan demikian terbubarlah kontrak murabahah itu.

b. Pembiayaan Perumahan, Kenderaan dan aset Tetap[24]

Pembiayaan sedemikian disediakan untuk mereka yang memerlukan kewangan untuk membeli saham, pembiayaan perumahan, kenderaan dan lain-lain aset tetap seperti tanah, kilang dan sebagainya. Ia menggunakan prinsip Bay’ bi-Thaman ‘Ajil (BBA). Umumnya BBA diertikan sebagai jualan dengan harga tertangguh. Konsep BBA sama dengan konsep Murabahah kecuali ia biasanya digunakan kepada pembiayaan yang lebih panjang tempoh pembayaran baliknya.

Penggunaan konsep ini membolehkan sesuatu pembelian itu dibuat dengan bayaran ditangguhkan sehingga ke suatu masa yang dipersetujui atau dengan bayaran beransur-ansur. Tujuannya ialah bagi memberi kemudahan kepada pembeli yang tidak mampu membuat bayaran tunai dan pembiayaannya sehingga seratus peratus harga aset tersebut.

Di bawah prinsip ini pihak bank akan membeli aset yang dikehendaki dan yang telah dikenal pasti oleh pelanggan dengan harga kos dan kemudian menjualkannya semula kepada pelanggan dengan harga kos beserta tambahan margin keuntungan. Pelanggan dibenar menangguhkan pembayaran sehingga ke suatu tempoh yang ditentukan dengan bayaran secara ansuran. Harga jualan ini hendaklah dipersetujui bersama dan ia tidak boleh diubah-ubah sehingga tamat tempoh pembayaran balik. Pelanggan hanya perlu membayar jumlah ansuran yang telah ditetapkan itu.

Pembeli yang ingin mempercepatkan bayaran atau memendekkan jangka masa pembayaran boleh berbuat demikian dengan diberikan muqassah (rebate) oleh penjual terhadap harga barangan tersebut. Begitu juga mekanisme muqassah ini digunakan bagi elemen subsidi pembiayaan kepada kakitangan kerajaan atau syarikat swasta yang membeli rumah atau kenderaan. Muqassah ini akan ditamatkan sekiranya kakitangan tersebut ingkar janji mengikut perjanjian yang dipersetujui, seperti berhenti kerja atau tidak membuat bayaran ansuran sebagaimana yang ditetapkan.

5.3.4 PINJAMAN

Pinjaman tanpa faedah yang diberikan untuk tujuan kebaikan juga ada disediakan. Peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman pokok tetapi atas budi bicaranya, peminjam boleh memberi hadiah (hibah) kepada pemberi pinjaman sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Ia menggunakan prinsip al-Qard al-Hassan iaitu Pinjaman tanpa faedah untuk tujuan kebaikan.[25] Memandangkan produk ini lebih berupa kebajikan dan tidak mendatangkan keuntungan kepada institusi kewangan seperti bank dan syarikat kewangan, biasanya ia tidak diberikan secara terbuka kepada individu sebaliknya hanya diberikan kepada badan-badan tertentu sahaja.

Ringkasan senarai produk perbankan Islam adalah seperti berikut:[26]

BIL

PRODUK

PRINSIP ISLAM

1

Akaun Semasa

Al-Wad’ah Yad Damanah

2

Akaun Simpanan

3

Akaun Pelaburan Am

Al-Mudharabah

4

Akaun Pelaburan Khas

5

Pelaburan Dalam Siji Pelaburan Kerajaan

Al-Qard Al-Hassan

6

Pelaburan Dalam Saham / Pembiayaan Pemilikan Saham

Al-Wakalah @ Al-Mudharabah

7

Pembiayaan Pembelian Rumah / Kenderaan

Bay' Bi-Thaman 'Ajil @Al-Ijarah Thumma Al-Bay'

8

Pembiayaan Pembelian Kenderaan

Bay' Bi-Thaman 'Ajil @Al-Ijarah Thumma Al-Bay'

9

Pembiayaan Modal Kerja

Al-Murabahah

10

Pembiayaan Projek

Al-Mudharabah @ Al-Musyarakah

11

Pembiayaan Pemilikan Harta

Bay' Bi-Thaman 'Ajil

12

Pembiayaan Semula Kredit Eksport Secara Islam

a) Pra Penghantaran

b) Pasca Penghantaran

Al-Murabahah Dan Bay' Al-Dayn

13

Bil Penerimaan Secara Islam

a) Import / Belian

b) Eksport / Jualan

Al-Murabahah Dan Bay' Al-Dayn

14

Bon Korporat Secara Islam

Bay' Bi-Thaman 'Ajil

15

Kemudahan Surat Kredit

Al-Wakalah @ Al-Murabahah @ Al-Musyarakah

16

Jaminan Perkapalan

Al-Kafalah

17

Surat Jaminan

Al-Kafalah

18

Kemudahan Overdraf

Al-Qard Al-Hasan

19

Operasi Bil

Al-Ujr @ Al-Wakalah

20

Pinjaman Ihsan

Al-Qard Al-Hasan

21

Pajakan

Al-Ijarah

22

Penangguhan Jaminan Bon Islam

Al-Ujr

5.4 INSTITUSI EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM

5.4.1 BAITUL MAL

Baitul Mal (rumah harta) atau dalam istilah moden Perbendaharaan Negara Islam. Ia berfungsi untuk pembanguan berkaitan ibadat khusus, seperti menyediakan tempat sembahyang (masjid), dan kegiatan pembangunan umum negara, sama ada untuk pembangunan ekonomi, infranstruktur, pendidikan, pertahanan, perkhidmatan awam, kebudayaan dan sebagainya.

Pada zaman Umar, hasil bertambah begitu banyak hingga tidak dapat diagih serta-merta. Cadangan telah dikemukakan oleh Khalid al-Walid kepada Umar al-Khattab agar menubuhkan satu institusi kewangan negara. Justeru, pada zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab inilah Baitul Mal secara rasmi ditubuhkan. Secara tidak rasmi ia telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar al-Siddiq. Tetapi sumber pendapatan negara Islam yang awal ini tidak disimpan lama, ia terus diagih kepada yang berhak menerimanya. Pendapatan negara dibelanjakan sepenuhnya tanpa ada lebihan. Inilah mungkin faktor terpenting mengapa institusi Baitul Mal tidak timbul pada dua zaman awal ini.

Baitul Mal juga berfungsi sebagai pemberi pinjaman. Pada zaman awal Islam ia lebih jelas diamalkan di dalam sektor pertanian dan perdagangan. Pinjaman tanpa bunga kepada orang bukan Islam pernah dilakukan oleh ‘Uthman Ibn ‘Affan kepada seorang Yahudi bernama Ya’aqub untuk tujuan perniagaan dengan syarat keuntungan dibahagi dua, dan ternyata ia memberi keuntungan kepada Baitulamal. Terdapat Baitul Mal Am yang sumbernya lebih bersifat umum termasuk jizyah (cukai kepala), galian dan lain-lain termasuk dari benda-benda haram seperti cukai binatang haram. Manakala Baitul Mal Muslimin yang sumbernya lebih khusus seperti harta wasiat dan sebagainya.

Untuk lebih jelas Sumber Baitul Mal ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian seperti rajah berikut:-

Text Box: EKONOMI ISLAM

Text Box: BAITUL MAL

Text Box: HARTA MASYARKATText Box: HARTA UMUMText Box: HARTA NEGARAText Box: Perlombongan, Perusahaan, Perniagaan, Pertanian dan lain-lainText Box: 1. Harta Rampasan (Ghanimah & Fay') 2. Cukai (Kharaj, Jizyah, Usyur) 3. Harta Karun/Harta tanpa warisText Box: 1. Zakat Fitrah 2. Zakat Harta 3. Sedekah  4. wakaf

Rajah : Sumber Baitul Mal

a. Harta Masyarakat: Harta yang diperoleh daripada masyarakat yang berada atau orang kaya untuk diagihkan kepada golongan yang berhak, termasuk fakir miskin.[27]

b. Harta Negara: Harta yang diperoleh menerusi ekspedisi ketenteraan di wilayah-wilayah bukan Islam. Hasil ekspedisi dan penaklukan ialah penguasaan harta benda, termasuk tanah yang dikenakan cukai kharaj dan masyarakat yang enggan memeluk Islam (zimmi), dikenakan cukai jizyah. Di samping itu, kerajaan mengenakan cukai perniagaan yang dipanggil ‘usyur kepada orang Islam dan bukan Islam. Akhir sekali harta karun yang ditemui di perut bumi atau di dasar laut yang dianggap sudah tidak bertuan. Semua harta benda ini menjadi hak milik negara.[28]

c. Harta Umum: Hasil usaha masyarakat sama ada di peringkat individu atau kelompok menerusi pelbagai aktiviti ekonomi yang turut memajukan ekonomi dan pembangunan negara.[29]

Dari tiga jenis harta atau sumber ekonomi Islam itu tadi, hanya yang pertama dan kedua sahaja yang menjadi sumber Baitul Mal, sementara yang ketiga adalah milik individu atau kelompok, dan ia hanya akan menjadi milik Baitul Mal jika sekiranya harta benda itu dijadikan zakat atau sedekah / hadiah.[30]

5.4.2 SKIM PERBANKAN TANPA FAEDAH (SPTF)

Skim Perbankan tanpa faedah (SPTF) dilancarkan pada bulan Mac 1993 dengan melibatkan hanya 3 buah bank perdagangan (Maybank, BBMP dan UMBC). SPTF ialah satu aktiviti ekonomi yang berasakan prinsip perniagaan dan pembiayan Islam yang tidak mengenakan faedah. Ia merupakan sistem yang operasinya berlandaskan hukum Islam. Segala pengendalian adalah halal dan tiada unsur-unsur riba serta mengikut syarat yang ditetapkan.

Sistem kewangan Islam di Malaysia bermula pada dekad lapan puluhan dengan tertubuhnya bank Islam pertama BIMB dan pembentukan beberapa instrumen kewangan secara Islam. Pada Dekad sembilan puluhan pula Kerajaan memilih beberapa alternatif dengan membenarkan institusi kewangan konvensional yang sedia ada menawarkan khidmat perbankan Islam. Alternatif ini dikenali dengan Skim Perbankan Islam Tanpa Faedah atau SPTF. SPTF ialah satu skim yang dirangka untuk membenarkan institusi kewangan konvensional menawarkan khidmat perbankan Islam. Ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat yang melibatkan beberapa fasa. Semua bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan adalah layak untuk menyertai SPTF dengan syarat mereka memenuhi keperluan-keperluan minimum tertentu.[31]

Keseluruhan operasinya diasaskan kepada prinsip dan ajaran Islam untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah s.w.t Sumber pendapatan operasi berasakan keuntungan perniagaan, bukannya bunga ke atas pinjaman. Pelanggan yang mendapat kemudahan pembiayaan dikenakan yuran perkhidmatan dan perkongsian keuntungan secara bersama yang telah dipersetujui bersama terlebih dahulu. Jumlah bayaran balik tidak akan berubah sebagaimana yang telah dipersetujui dan bukannya mengikut perubahan kadar faedah dari masa ke semasa seperti dalam sistem bank komersial.

Antara objektif yang ingin dicapai melalui perlaksanaan skim ini adalah seperti berikut:

i. Membuka ruang kepada bank-bank komersial untuk berkhidmat kepada pelanggan muslim menurut prinsip syariah Islam.

ii. Pendedahan kepada sektor Perbankan lain mengenai kekebihan dan keistimewaan sistem Perbankan Islam.

iii. Membersihkan diri daripada dosa riba dan unsur-unsur syubhah yang lain.

iv. Manfaatkan wang dengan cara yang diredhai oleh Allah. Prinsipnya adalah berdasarkan muamalah iaitu kegiatan yang diperkenalkan oleh ajaran Islam.

Pada umumnya fungsi sesuatu bank perdagangan yang melaksanakan operasi SPTF terbahagi kepada tiga fungsi utama, iaitu:

i. Menerima Simpanan Atau Deposit – Bank menerima deposit daripada orang ramai melalui instrumen Akaun Simpanan dan Akaun Semasa yang berasaskan kontrak al-Wadi’ah Yad Damanah. Bank juga menerima deposit dalam bentuk Akaun Pelaburan yang berasaskan kontrak al-Mudarabah.

ii. Mengeluarkan Atau Memberikan Kemudahan Pembiayaan Dan Pendahuluan – Pembiayaan dibuat melalui produk-produk seperti pembiayaan membeli rumah dan harta tetap: Kemudahan Bil Penerimaan Tanpa Faedah, dan Kemudahan Pembiayaan Semula Kredit Eksport Tanpa Faedah.

iii. Menyediakan perkhidmatan kewangan seperti kiriman wang, pertukaran mata wang asing, kemudahan pembayaran gaji dan sebagainya.[32]

5.4.3 TAKAFUL

Takaful adalah sistem insurans secara Islam. Sebagai institusi kewangan Islam yang bergerak mengikut landasan hukum syarak, insurans secara Islam dalam bentuk modern merupakan bidang perniagaan yang baru diterokai. Sejarahnya bermula pada tahun 1979 apabila syarikat insurans secara Islam yang pertama ditubuhkan di Sudan. Ekoran daripada penubuhan syarikat ini, pelbagai usaha telah dibuat terutamanya oleh negara-negara Islam untuk menubuhkan syarikat insurans yang menawarkan perniagaan insurans secara Islam.[33]

Malaysia merupakan negara pertama Asia, yang merintis perniagaan insurans secara Islam dengan penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd (STM) pada tahun 1985. Industri takaful di Malaysia terdiri daripada dua buah syarikat iaitu, STM, sebuah anak syarikat BIMB yang memulakan operasinya pada 15 Julai 1985 sebagai sebuah syarikat insurans Islam pertama di Malaysia. Kedua, ialah MNI Takaful Sdn. Bhd (MNIT), yang telah didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 pada 20 November 1993 merupakan anak syarikat Malaysia National Insurance (MNI) dengan modal berbayar sebanyak RM25juta. Ia adalah syarikat insurans pertama menyahut hasrat Kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam sistem kewangan negara melalui industri insurans.[34]

Antara fungsi Takaful ialah:

i. Menyediakan tabung pendidikan untuk anak-anak.

ii. Sebagai salah satu daripada alternatif pelan persaraan.

iii. Menyediakan dana untuk suatu jangka masa yang panjang (kos menjaga orang tua dan bil perubatan).

iv. Sebagai satu daripada alternatif simpanan.

v. Menawarkan perlindungan untuk isteri dan anak-anak.

vi. Memastikan terdapat pendapatan yang berterusan apabila penyimpan takaful sakit atau tidak dapat meneruskan pekerjaan.

vii. Sebagai perlindungan atau jaminan kepada keluarga bagi melupuskan pinjaman perumahan dan lain-lain pinjaman.

viii. Memberi jaminan kepada keluarga untuk mendapat taraf kehidupan yang baik secara berterusan.[35]

5.4.4 GADAIAN (AL-RAHN)

Sistem Pajak Gadai bukanlah suatu fenomena baru di Malaysia. Pajak gadai merupakan institusi yang cukup dikenali di kalangan masyarakat bawahan sebagai saluran mendapatkan perkhidmatan mudah tunai. Biarpun pernah dibuat kempen untuk menghindari kecenderungan untuk berurusan dengan kedai-kedai pajak gadai, namun rancangan tersebut tidak berjaya memandangkan golongan yang berpendapatan rendah, tidak mempunyai alternatif lain untuk mendapatkan perkhidmatan pinjaman.[36]

Pajak Gadai secara Islam merupakan satu langkah yang bukan sahaja boleh membebaskan umat Islam daripada cengkeram riba, malah juga boleh digunakan untuk meningkatkan lagi taraf hidup golongan yang berpendapatan rendah. Anggaran negatif masyarakat mengenai pajak gadai patut dikikis dan diberi satu nafas baru dalam arena skim pajak gadai Islam (al-Rahn).[37]

Sistem pajak gadai secara Islam yang pertama di Malaysia dipelopori oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan menubuhkan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) pada 23 Januari 1992. Ini diikuti pelaksanaan sistem gadaian Islam di Kelantan dengan tertubuhnya kedai al-Rahn pada 12 Mac 1992. Penyertaan terbesar dalam skim ini ialah apabila Kerajaan mengumumkan pelaksanaan sistem pajak gadai Islam berasaskan konsep al-Rahn di seluruh negara menjelang tahun1993 dengan penyertaan Bank Negara, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM). Kini terdapat 188 kedai pajak gadai Islam di seluruh Malaysia dengan jumlah terbesarnya di Perak iaitu sebanyak 38 buah.[38]

Antara fungsi Skim Pajak Gadai Islam (al-Rahnu) adalah seperti berikut:

i. Untuk mengelakkan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional.

ii. Skim ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pinjaman yang sedia ada, di samping memberi pilihan kepada penggadai untuk menuruti kehendak dan hukum syariah.

iii. Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang dinamakan ‘marhun’. Tujuan ‘marhun’ ialah untuk meyakinkan terhadap hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula hutang dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi.

iv. Skim ini memudahkan penghutang kerana, ia merupakan pinjaman tanpa faedah yang lebih kepada sikap tolong menolong, dan skim ini juga tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman, tetapi hanya mengambil upah untuk menyimpan dan menjaga keselamatan ke atas barang gadaian.[39]

5.4.5 WAKAF

Dalam rangka menyusun pembangunan ekonomi ummah, Islam dengan pendekatan yang sepadu dan proaktif di antara lain mengemukakan ibadat wakaf. Bahkan ibadat ini boleh diinstisusikan untuk menyusun masyarakat. Wakaf adalah salah satu instisusi dan mekanisme yang mempunyai peranan yang besar dalam membangun kekuatan dan kesejahteraan masyarakat Islam sejak berzaman. Melalui instisusi ini, Islam memberi peluang yang seluasnya untuk individu yang mempunyai harta mendekati dan mensyukuri nikmat Allah s.w.t untuk keperluan masyarakat.[40]

Di Malaysia harta-harta yang diwakafkan boleh disalur kepada wakaf ‘khas’ dan wakaf ‘am’. Wakaf ‘khas’ biasa ditentukan oleh mereka yang berkeinginan mewakafkan harta mereka untuk sesuatu projek yang khusus, contohnya mewakafkan tanah untuk mendirikan masjid, surau, sekolah, hospital, tanah perkuburan dan sebagainya untuk kebajikan masyarakat umum. Wakaf ‘am’ adalah harta yang diwakafkan untuk dibangunkan oleh agensi pengamanah untuk kepentingan umat Islam setempat, semasa dan masa hadapan. Dalam konteks negara kita, agensi pengamanah untuk mentadbir harta wakaf ialah Majlis Agama dan Majlis Adat Istiadat Negeri. Contohnya di Selangor mengikut Fasal 95, Enakmen undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No 3 Tahun 1952, Majlis Agama Islam Selangor hendaklah menjadi Nazir yang tunggal dalam segala harta wakaf, (am / khas) atau Nazar ‘am’ dan juga segala harta amanah daripada apa rupa dan jenis menjadi khairat bagi kebaikan Agama Islam.[41]

Antara fungsi wakaf dalam Islam ialah:

i. Merupakan mekanisme galakan terhadap umat Islam supaya menderma sebahagian daripada harta mereka untuk tujuan pembangunan masyarakat.

ii. Membangunkan ekonomi ummah melalui pembinaan sekolah, universiti, pusat latihan dan sebagainya.

iii. Mendidik umat Islam bahawa setiap individu yang berada mempunyai tanggungjawab sosial di samping zakat untuk membangun kesejahteraan ummah.

iv. Menanamkan semangat sedia berkorban dan memupuk semangat sedia berkorban dan memupuk budaya muafakat dan kerjasama golongan yang berada dalam membangunkan sesebuah masyarakat.

v. Membantu mereka yang kurang bernasib baik untuk menikmati kehidupan sebagaimana manusia lain di muka bumi.[42]

BAB 6: ISLAM DAN CABARAN SEMASA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:

1. Menyatakan pengertian globalisasi.

2. Menyenaraikan cabaran dan kesan globalisasi terhadap budaya, politik dan ekonomi.

3. Menghuraikan faktor-faktor salah faham terhadap Islam.

4. Memberi contoh-contoh salah faham terhadap Islam.

5. Menjelaskan sejarah pembentukan ummah.

6. Menyenaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi ke arah perpaduan ummah pada masa kini.

Pendahuluan

Seringkali saja dewasa ini, umat Islam dan para ulamanya dihadapkan dengan permasalahan-permasalahan baru samada dari dalam mahupun dari luarnya. Natijah dan kesan globalisasi alias kemajuan sains teknologi memberikan impak yang tidak sedikit kepada dunia Islam amnya dan sarjananya secara khusus. Ianya memerlukan pandangan-pandangan atau ijitihad dan hasil perbincangan yang lebih komprehensif lantaran isu-isu dan polemik yang timbul tersebut, tidak pernah dibincang atau didiskusikan oleh sarjana-sarjana Islam sebelumnya.

Peranan media elektronik mahupun cetak tidak kurangnya memberikan saham yang turut menjatuhkan nilai dan pandangan umum dunia terhadap Islam. Umat Islam dan institusinya diserang dari pelbagai sudut dengan segala macam senjata yang dihadapkan dan ironisnya, sedikit sebanyak telah menghakis kepercayaan dan pegangan umat Islam terhadap institusinya sendiri.

Lantaran itu, wujudlah silap pemahaman dan seterusnya pentafsiran terhadap masalah-masalah keagamaan sekaligus berupaya memaling dan memesongkan pandangan umat Islam terhadap akidah yang dianutinya sekian lama. Akhirnya mereka, samada tinggal dalam situasi yang kurang jelas dan faham terhadap Islam atau yang lebih dahsyat dari itu, mereka turut sama bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, menentang dan menyerang Islam dengan tanpa disedari.

6.1 ISU GLOBALISASI

6.1.1 KONSEP GLOBALISASI

Secara literal, perkataan globalisasi adalah kata terbitan daripada bahasa Inggeris iaitu globalisation. Dalam bahasa Arab ia disebut dengan kalimah al-‘Alamiyyah, yang dihuraikan oleh Muhammad Said Ramadan al-Buti (2000) dengan maksud keterbukaan dan keinginan untuk saling mengenali bangsa lain.[43]

Firman Allah s.w.t:

***********

Maksudnya: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali.

Surah al-Hujurat (49):13

Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.[44] Manakala cendiakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan (borderless world).

Berdasarkan catatan sejarah, proses globalisasi telah lama muncul dan ianya seiring dengan kewujudan kuasa imperialisme zaman terdahulu. Ketika itu suatu empayar (seperti empayar Rom dan Parsi) telah cuba mempengaruhi rakyat tanah jajahan dengan budaya dan pemikiran mereka sendiri. Mereka berusaha menyemai kebudayaan dan pemikiran kebangsaan mereka kepada satu aspek kehidupan yang mengubah nilai satu bangsa, aliran dan tamadun mengikut bentuk yang mereka kehendaki. [45]

6.1.2 IMPLIKASI DAN KESAN GLOBALISASI

i. Budaya

Untuk hidup kita perlu memahami globalisasi dan memberi tidakbalas secara positif. Beberapa perkara asas yang perlu dilakukan ialah memastikan bahawa kita cekap dalam cara kita menguruskan hal ehwal kita dan mesti ada kualiti dalam apa jua produk yang kita hasilkan atau perkhidmatan yang kita berikan. Sumber utama kita ialah manusia. Oleh hal yang demikian, kita perlu memastikan bahawa potensi bakat sumber manusia kita cukup membangun. Bukan sahaja manusia mesti berilmu tetapi mereka mesti juga memuaskan, bijak kreatif dan produksi barulah kita dapat mengharapkan sumber bahan kita diuruskan dengan baik dan kita terus maju dan membangun.

Umat Islam sentiasa diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap kesan globalisasi , kerana mereka mungkin dipaksa menerima budaya barat yang sama sekali berttentangan dengan budaya dan nilai Islam. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Amer Al-Roubaie, berkata globalisasi mengikut pandangan Barat cuma wujud satu budaya dan masyarakat. Dalam zaman sekarang budaya barat mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat dunia dan kesannya amat jelas terhadap kehidupan manusia pada hari ini dalam pelbagai bidang. Budaya yang mahu diterapkan barat sama ada secara langsung dalam dunia tanpa sempadan itu akan memberi kesan kepada kehidupan manusia keseluruhannya, tidak terkecuali umat Islam. Cabaran paling besar dalam proses globalisasi ialah bagaimanakah umat Islam mahu menanganinya. Bagaimanapun pada masa yang sama umat Islam perlu juga menyedari bahawa tidak semua yang daripada barat itu satu budaya yang tidak baik tetapi bersedia untuk membuat pilihan.

Kita perlu menguasai pelbagai ilmu moden seperti sains, teknologi, komunikasi dan teknologi maklumat serta menggembleng tenaga dan fikiran dalam usaha untuk mengeksploitasi kehadiran globalisasi ke dunia dalam nilai agama supaya dapat mewujudkan masyarakat yang utuh dan mengukuhkan sistem gunapakai. Peranan agama perlu ditekankan di samping tumpuan terhadap pengaplikasian sistem nilai sesebuah ummah.

Agama berperanan menjamin survival kepercayaan berasaskan suasana semulajadi dan etika yang telah sekian lama. Agama juga dapat menjamin kepelbagaian budaya terus wujud daripada dikuasai hanya satu agama atau satu pegangan sahaja. Satu kuasa akan membataskan perhubungan menerima fahaman dan kepercayaan orang lain. Justeru, barat sering memomokkan kelompongan yang terhasil akibat pertembungan budaya dan tamadun di mana sahaja.

Sesungguhnya, secara tabi’ienya golongan ulamak merasa takut dengan gelombang globalisasi kerana ia boleh membuka ruang untuk pergeseran di antara agama-agama, percanggahan dan perbalahan (al-Ghibra).

Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka daripada dicemari atau dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimanapun cara hidup manusia hari ini sudah banyak berubah dalam menuju globalisasi. Terdapat beberapa kategari kebudayaan di dunia ini yang telahpun berada dalam bentuk globalisasi, contohnya:

a. Budaya makan

Makanan Jepun sudah ada di Amerika manakala makanan Amerika pula semakin popular di Jepun. Antara yang paling jelas ialah restoran francais Mc Donald yang mempunyai 10,500 restoran di 50 buah negara di dunia.

b. Budaya Fesyen

Antara jenis fesyen pakaian yang digemari di seluruh dunia adalah seperti pakaian jenama Jean Levi, Pierre Cardin, Puma, Adidas, Bonia dan sebagainya.

c. Budaya Kerja

Syarikat pengeluaran di era globalisasi juga terdiri daripada berbilang kaum dari negara-negara di dunia, umpamanya syarikat Esprit yang mana ketua grafiknya adalah berasal dari Jepun, juru gambarnya dari Itali dan arkiteknya dari Perancis serta Itali.

d. Budaya Bahasa

Pada masa ini bahasa Inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan secara global. Terdapat seramai satu billion manusia yang bercakap dalam bahasa Inggeris dan pada tahun 2000 jumlah tersebut meningkat kepada 1.5 bilion.[46]

ii. Ekonomi

Globalisasi adalah ungkapan yang begitu popular sekarang ini. Istilah ini digunakan untuk hampir semua perkara yang berkaitan dengan ekonomi, sosial dan budaya. Namun harafiah globalisasi ialah menjadikannya global. Apakah yang dimaksudkan menjadikannya global? Siapakah yang menglobalkan sesuatu? Penulisan tentang ekonomi menunjukkan bahawa terdapat beberapa perkara yang dikaitkan dengan globalisasi; pesaran bebas, mencipta keuntungan, pengaruh institusi dan pasaran kewangan antarabangsa terhadap keutamaan dasar kebangsaan, peranan kecil kerajaan dan size belanjawan, penswastaan pelbagai fungsi yang dahulunya ditanggung oleh kerajaan , penyusunan semula pelbagai aktiviti untuk memudahkan pelaburan yang memberi ganjaran terhadap inisiatif individu dan peningkatan perannan sektor swasta. Inilah amalan ekonomi bersifat kapitalistik – turbo yang diterimapakai pada dasrarnya oleh negara maju.

Kemajuan dalam teknologi komunikasi maklumat internet menjadikannya mustahil bagi mana-mana negara membebaskan dirinya daripada fenomena globalisasi. Justeru globalisasi dilihat sebagai kuasa luaran yang datang dari barat atau Negara maju yang boleh memberi kesan terhadap aktiviti ekonomi tempatan kita. Dasar pasaran terbuka adalah suatu cabaran kepada ekonomi tempatan kita kecuali kita boleh menawarkan produk atau perkhidmatan yang lebih berkualitidan infastruktur kita pula lengkap dan pengurusan kita cekap.

Ketidak tentuan pasaran kewangan berupaya dengan sekelip mata menjadikan kita lebih miskin, jika dinilai saham di pasaran jatuh dengan mendadak. Penswastaan perkhidmatan bererti perbelanjaan pengguna. Kos sara hidup akan meningkat. Aktiviti ekonomi tidak diasingkan mahupun dipencilkan daripada dimensi kehidupan lain. Apapun, ekonomi merujuk kepada peraturan wang dan sumber di dalam sebuah Negara terutama dari segi pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan perkhidmatan . Globalisasi aliran dan dasar ekonomi amat jelas sekali mempunyai kesan terhadap system dan budaya di dalam negara.

Walaubagaimanapun, sensitiviti, kebimbangan dan tindakbalas individu terhadap kesan globalisasi akan berbeza daripada seorang individu kepada individu yang lain, daripada satu kumpulan ke satu kumpulan dan daripada kerajaan kepada kerajaan bergantung pada pengertian globalisasi .kepada setiap seorang daripada kita. Sama ada disedari ataupun tidak yang pastinya setiap orang terlibat dengan globalisasi sama ada kita ambil kisah untuk memikirkan sejenak implikasinya keatas kehidupan kita ataupun tidak. Pada peringkat kebangsaan , kerajaan menghendaki kita menguatkan kelebihan persaingan kita demi kehidupan Negara , begitu juga individu.

Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di sesebuah negara. Globalisasi dilihat melalui perluasan perusahaan melampaui sempadan negara.

Seiring dengan globalisassi ialah pengguanaan teknologi tinggi moden yang meningkatkan kecekapan. Urusan boleh diselesaikan dengan lebih pantas, produktiviti meningkat berlipat ganda, dan tiada halangan kepada pengagihan produk dan perkhidmatan pada bila-bila masa dan di mana jua, sebagai contoh penyerahan produk dari pintu ke pintu dengan hanya mendail no telefon yang telah diiklankan. Dalam keadaan lain iklan dihantarkan kehadapan pintu yang memaklumkan orang ramai mengenai adanya produk yang sering dijual pada harga yang dikurangkan . Ia mengumpan orang ramai membeli produk ini. Dorngan untuk berbelanja sentiasa ada biarpun ia atas nama gaya hidup , keselesaan ataupun kualiti.

Sifat semua aktiviti ekonomi berorientasikan keuntungan , akhirnya meningkatkan kos kehidupan. Penswastaan perkhidmatan kesihatan den pendidikan, secara automatic akan membataskan akses kepada pelbagai aktiviti pendidikan dan budaya hanya kepada mereka yang kaya atau mewah. Jadi hanya orang yang mewah sahaja akan mendapat faedah pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Apabila situasi ekonomi jatuh , para pekerja dalam perbadanan multinasional atau sector swasta diberhentikan dengan pampas an yang terhad, mungkin juga untuk memenuhi keperluan kewangan keluarga untuk beberapa bulan yang berikut.

Era globalisasi yang sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang ketara dalam bidang teknologi. Antara bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi maklumat dan komputer. Dan ini memberi sumbangan yang besar dalam ekonomi negara ,di samping kesan negatif yang banyak mempengaruhi kehidupan manusia dalam masyarakat Malaysia.

Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi. Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada hari ini mempunyai sistem yang berubah dengan cepat dan laju.[47] Era globalisasi yang sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang ketara dalam bidang teknologi. Antara bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi maklumat dan komputer.

Bill Gates (1996), seorang peneroka bidang komputer yang terkenal dapat memasarkan aplikasi keluaran Windows ke serata dunia. Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa ini di seluruh dunia memerlukan tindakan segera pembangunan sumber manusia untuk memberi latihan, pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik dan sebagainya. Kehidupan manusia semakin banyak bergantung kepada komputer dan teknologi di era globalisasi ini.

iii. Politik

Akibat daripada globalisasi , dunia tanpa sempadan, demokrasi liberal, hak asasi dan kebangkitan masyarakat madani, kehidupan kita telah dipengaruhi oleh insiden-insiden yang berlaku di luar sempadan kita . Perkembangan ini telah menghasilkan paradigma baru dalam hubungan antarabangsa. Kini kita dapat perhatikan pertubuhan serantau, separuh rantau dan organisasi pelbagai hala, mula memainkan peranan yang lebih aktif dan tegas.

Dunia hari ini tidak lagi dipisahkan oleh perbezaan ideologi, tetapi antara negara kaya dan miskin. Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah memperluaskan jurang digital antara negara membangun dan negara maju. Secara umumnya globalisasi adalah satu proses politik mekonomi, sosial dan budaya yang telah memusnahkan sempadan geopolitik antara negara.

Dalam agama Islam, prinsip dan peraturan agama bukan direka oleh manusia, tetapi diturunkan oleh Allah s.w.t. Allah yang mencipta manusia dan Dia amat mengetahui segala kelemahan yang ada pada manusia. Justeru itu undang-undang dan peraturan yang diletakkan oleh Islam merupakan peraturan yang cukup sesuai dengan manusia demi untuk menjaga kemaslahatan manusia dan kemanusiaan.

Kita sering melihat kecenderungan negara maju untuk menekan dan mencampuri hal-ehwal dalaman negara membangun .Mereka sering berbuat demikian atas galakan oleh kumpulan-kumpulan politik pembangunan dan pertubuhan bukan kerajaan tertentu . mereka didorong oleh matlamat politik pembangkang yang suka mengheret kuasa luar untuk mencampuri hal-ehwal negara sendiri.

Dalam konteks Malaysia pula , kita berpegang kepada prinsip bahawa sesebuah perwakilan asing akan dianggap mencampuri hal-ehwal dalaman negara jika mereka mendekati isu politik kepartian termasuk menghadiri perjumpaan tertutup yang dianjurkan oleh parti politik pembangkang ataupun badan bukan kerajaan yang menentang kerajaan secara langsung. Oleh yang demikian , maka sudah tibalah masanya untuk masyarakat antarabangsa mencari pendekatan yang dapat diterima pakai oleh semua negara maju dan membangun sebagai panduan.

Kesimpulan

Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan keharmonian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, maka kita perlu menilai baik buruk fenomena globalisasi secara keseluruhannya. Kebaikannya perlu dimanfaatkan dan keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Kita perlu menggunakan segala kekuatan, terutamanya kekuatan kekayaan dalaman (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahupun yang berupa intelektual atau keilmuan.

6.2 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

Salah faham terhadap Islam dapatlah didefinisikan sebagai memahami Islam dengan pemahaman yang salah. Ia berpunca dari banyak faktor. Secara mudahnya dapat dikatakan bahawa salah faham terhadap Islam ini bukan hanya berlaku kepada bukan Islam, tetapi juga berlaku kepada umat Islam juga.

6.2.1 DI KALANGAN UMAT ISLAM

Sejarah perpecahan umat Islam telah mencatatkan punca sebenar kepada perselisihan mereka dan seterusnya membawa kepada siri-siri permusuhan tradisi yang berpanjangan sehingga melangkaui abad dan zaman. Perbalahan tersebut berpunca daripada beberapa faktor utama, antaranya ialah salah faham terhadap agama Islam itu sendiri iaitu:

a. Melihat Islam Secara Ekstrim

Sesetengah golongan menjadi terlalu aggresif dan bertindak secara radikal – hanya Islam dilabel sebagai agama militan, ganas dan fanatik. Sama ada dari segi kefahamannya, mahu pun dari segi cara memperjuangkannya, mereka yang radikal ini tidak mengenal erti tolak ansur dan tasamuh (lapang dada) dalam memperjuangkan cita-cita ´Islam´ mereka. Manakala ada pula yang terlalu liberal – hingga ´mencairkan´ prinsip-prinsip teras agama yang seharusnya tidak boleh digolok gadai. Hampir-hampir mereka tidak mempunyai prinsip dan rela berbuat apa sahaja atas alasan kesederhanaan, perpaduan dan kefleksibelan Islam. Sedangkan, hakikat sebenarnya, mereka telah ´hanyut´ dalam sistem nilai dan penjajahan bentuk baru musuh-musuh Islam. Malangnya, kedua-dua bentuk ekstrim ini mendabik dada kononnya itulah ´Islam sebenar´ seperti yang diwahyukan oleh Allah dan diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Islam.[48]

b. Melihat Islam secara sempit[49]

Golongan yang melihat Islam secara sempit ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu:

Golongan Pertama

Memandang Islam di sudut ibadah khusus semata-mata. Agama pada kelompok ini dilihat semata-mata sebagai bekalan akhirat untuk mendapat syurga. Agama adalah platform menunggu hari mati dan ia tidak ada kaitannya dengan sistem hidup bertamadun dan berkemajuan. Tindakan ini jelas memisahkan antara dunia dari akhirat.

Golongan Kedua

Memandang Islam hanya pada aspek maddiah (material). Golongan ini hanya melihat Islam dari sudut pembangunan duniawi (pembangunan ekonomi, teknologi dan ilmu) tetapi meminggirkan atau menyisihkan aspek-aspek prinsip yang berkaitan dengan soal keimanan. Kelompok ini melihat Islam hanya sebagai faktor motivasi untuk membangunkan kecemerlangan duniawi tanpa mengaitkannya dengan soal dosa, syurga dan neraka. Mereka sibuk dalam soal-soal fardhu kifayah tetapi cuai dalam persoalan asas (fardhu ‘ain).

Golongan Ketiga

Memandang Islam hanya sebagai agama warisan yang bersifat adat semata-mata. Golongan ini melihat Islam di sudut adat semata-mata. Islam pada mereka bukan suatu cara hidup yang lengkap, malahan dilihat sebagai ritual agama yang berkait dengan lahir, kahwin dan mati sahaja

Pertembungan pelbagai pandangan ini telah menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di dalam pelbagai subjek teras antaranya:

§ Kekeliruan dalam memahami konsep kesyumulan ibadah.

§ Kekeliruan dalam memahami kesepaduan antara hasanah dunia dan akhirat.

§ Kekeliruan tentang makna jihad dan ruang-lingkupnya.

§ Kekeliruan dalam menyusun keutamaan amalan-amalan Islam.

§ Kekeliruan dalam memahami konsep ilmu – naqal dan aqal.

§ Kekeliruan dalam keserasian antara takwa dan ukhuwah.

§ Kekeliruan dalam memahami erti zuhud, tawakal, sabar, redha dan sebagainya.

§ Kekeliruan tentang hubungan antara pembangunan rohani dan pembangunan material.

6.2.2 DI KALANGAN BUKAN ISLAM

Perbincangan salah faham terhadap Islam di kalangan bukan Islam merujuk kepada pandangan negatif Kristian. Kristian mempunyai padangan yang tersendiri terhadap Islam, adakalanya pandangan itu bersifat positif, tetapi kebanyakan pandangannya itu adalah bersifat negatif. Terlalu banyak pandangan negatif Kristian terhadap kemurnian Islam yang bertujuan untuk melenyapkan minat umat manusia terhadap Islam itu sendiri di samping menggoncangkan nilai keagungan iman yang bertapak di dada para muslim.[50]

Menurut Lutfi Mustafa El-Batnani (2004), terdapat empat puluh pandangan negatif kristian terhadap Islam. Walau bagaimanapun, dalam penulisan modul ini hanya akan dibentangkan beberapa pandangan negatif tersebut. Di antara pandangan negatif tersebut ialah:

a. Islam Bukan Agama Asal Tetapi Agama Import[51]

Bagi menjawab salah faham ini, umat Islam hendaklah kembali kepada Islam sendiri. Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad s.a.w iaitu agama yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah dan membuat segala apa yang disuruh serta menjauhi segala larangannya. Ajaran Islam mengandungi manhajnya tersendiri atau program hidupnya untuk diamalkan oleh [ara penganutnya tanpa dicampur adukkan dengan mana-mana ajaran, kerana ajaran itu lengkap segala-galanya.

Syariat Islam diturunkan oleh Allah itu merupakan syariat yang sempurna, bersifat universal dan komprehensif, ianya disempurnakan dalam jangka masa yang singkat. Bermula dengan kebangkitan Muhammad s.a.w sebagai rasul dan disudahi dengan wafatnya baginda s.a.w atau disudahi dengan firman Allah yang terakhir.

Benarlah firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: “Pada hari ini orang-orang kafir telah berputus asa terhadap agama mu, janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Aku, pada hari ini aku telah sempurnakan kepada kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada mu dan hanya Islam itu sahaja menjadi anutan mu.

Al-Maidah (5): 3

Dengan wafatnya baginda s.a.w dan turunnya ayat yang akhir menunjukkan ajaran Islam itu telah sempurna segala-galanya. Kalaulah ajaran Islam itu diimport dari mana-mana ajaran yang lapuk seperti ajaran jahiliyyah sebelum kedatangan Islam, yahudi, kristian dan lain-lain adalah tidak benar dan dakwaan itu adalah silap sama sekali.

Tetapi kalaulah agama Kristian itu dikatakan agama import, kami kira itulah pandangan yang setepatnya dan ada kebenarannya, kerana agama Kristian hanyalah diturunkan kepada Bani Israil sahaja melalui nabi Isa a.s tidak kepada umat lain sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Bible. Oleh sebab itu, umat lain yang menganut ajaran Kristian mengimport ajaran tersebut dari Bani Israil. Tidak seperti ajaran Islam, kerana ajaran Islam bukan hanya diturunkan untuk umat Arab sahaja walaupun Muhammad s.a.w berbangsa Arab, tetapi diturunkan untuk seluruh umat manusia sehingga ke akhir zaman.

b. Agama Islam Disebar Melalui Mata Pedang[52]

Gambaran ini memperlihatkan tentang kezaliman Islam di dalam usaha menyebarkan siri dakwahnya kepada umat manusia, seolah-olah memaksa manusia menganut ajaran Islam dengan pedang. Konsep paksaan dalam program dakwah tidak wujud sama sekali dalam Islam, sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran:

Maksudnya: “Tidak ada paksaan dalam agama.

Al-Baqarah (2): 256

Kerana ajaran Islam itu sudah jelas segala-galanya dan mereka yang memeluk Islam adakalanya melalui usaha dakwah yang dilakukan oleh mubaligh Islam dan adakalanya juga dengan kesedaran yang mengalir di dalam hati sanubari dan jiwa nurani mereka dan adakalanya mereka membuat research tentang Islam dan tamadunnya menyebabkan mereka tertarik dengan Islam lalu memeluk Islam. Mereka yang memeluk Islam bukanlah hidayat dan petunjuk yang datang dari manusia, tetapi ianya datang dari Allah yang membuka pintu perasaan dan isi hati mereka yang dikehendakiNya, kami hanya menyeru manusia sahaja. Kalau benar Islam disebar melalui mata pedang, nescaya mereka yang memeluk Islam melalui cara tersebut telah lama keluar Islam dan Islam sudah tentu tidak wujud lagi di dunia ini.

c. Islam Bukan Agama Sempurna, Ajarannya Penuh Dengan Tahyul, Tidak Sesuai Dengan Zaman Ini, Buktinya Negara-Negara Bukan Terdiri Daripada Negara Islam[53]

Penjelasan terhadap pandangan ini iaitu Islam mengajar umatnya daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara. Islam mengajar bagaimana cara-cara memasuki tandas cara-cara yang beradab ketika berada dalam tandas dan cara duduk menunaikan hajat. Dan seterusnya Islam mengajar bagaimana cara-cara berpolitik di dalam urusan Negara, cara mengurus system ekonomi Negara dan mengagihkannya kepada rakyat, begitu juga dengan kebudayaan Islam, kemasyarakatan dan sebagainya. Semua urusan kehidupan manusia dicatat dalam manhaj hidup Islam, tetapi tidak dalam ajaran Kristian. Adakah itu dianggap tahyul dan tidak sesuai di zaman ini?

Sejarah telah membuktikan bahawa negara Islam yang pertama dibina ialah Madinah yang mempunyai system perlembagaan yang lengkap. Sebelum itu, tidak pernah wujud walaupun sebuah negara Kristian, apatah lagi Negara Barat yang lain. Kemajuan sesebuah Negara menurut perspektif Islam meliputi semua aspek sama ada aspek pembangunan rohani atau pembangunan jasmani. Keseimbangan kedua-dua aspek ini perlu untuk menjamin kemakmuran sesebuah Negara. Pembangunan aspek rohani merupakan pembangunan pembentukan insan yang mulia menurut nilai-nilai yang digariskan dalam Islam dan manakala aspek jasmani pula merupakan pembangunan negara untuk lebih maju. Tetapi, kalaulah kemajuan itu hanya diukur dengan pembangunan jasmani atau pembangunan kebendaan semata-mata ataupun disebut juga pembangunan material tanpa mengambil kira pembangunan rohani, alangkah dangkalnya pemikiran idealogi Kristian itu?

d. Islam Tidak Boleh Memberi Jaminan Perdamaian Dunia Ini, Bahkan Sesama Islam Sendiri Kerap Menjadi Konflik Dan Pertumpahan Darah[54]

Berlakunya konflik sesama Islam bukan salah Islam, tetapi salah penganutnya yang tidak mematuhi ajaran Islam. Islam melarang sama sekali perbalahan dan pertelingkahan, apatah lagi pembunuhan. Oleh itu, Islam telah menggariskan cara penyelesaian apabila berlaku sesuatu masalah sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

Maksudnya: ”Apabila kamu bertelingkah di dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembali kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah).”

An-Nisa’ (4): 59

Malah di dalam ajaran Kristian lebih kerap berlaku perbalahan dan pertumpahan darah sebagaimana yang berlaku di Bosnia di mana umat Kristian menyembelih kanak-kanak Islam dengan kejam.

e. Ajaran Islam Sangat Sempit, Banyak Perkara-Perkara Yang Diharamkan Dan Akibatnya Melambatkan Kemajuan[55]

Pandangan yang dinyatakan itu adalah tidak benar kerana ajaran Kristian lebih sempit dari ajaran Islam, buktinya sebelum wujud mazhab Protestant ajaran Kristian bukan sahaja menyempitkan ruang agamanya, malah menyempitkan ruang pemikiran para penganutnya yang hanya tertumpu kepada kepercayaan Hari Kemudian. Islam hanya menggariskan persoalan halal-haram sebagi suatu peraturan atau undang-undang supaya manusia tidak terkeluar dari landasan yang digariskan. Islam menetapkan semua itu supaya para penganutnya bersifat amanah dan tidak melakukan rasuah serta perkara-perkara buruk yang lain ketika menunaikan tanggungjawab di dalam beberapa urusan pentadbiran, bukan melambatkan kemajuan. Soal kemajuan bergantung kepada usaha untuk terus meningkat sama ada individu atau pihak kerajaan, bukan soal halal atau haram.

f. Islam Bukan Agama Moden, Tidak Ada Kebebasan

Islam bukan agama moden, tidak ada kebebasan buktinya, tentang sembahyang, kerana bahasa dan tatacaranya serta arah menghadapnya tetap satu sahaja. Manakala Al-Quran tidak boleh disalin semula dengan bebas dalam bahasa-bahasa lain seperti kitab suci sebelumnya, dan nabi Muhammad tidak boleh digambarkan apatah lagi gambaran Tuhannya.[56]

Pertamanya perlu diketahui bahawa konsep ibadat bukanlah suatu konsep yang dibentuk di atas dasar kemajuan atau pemodenan. Tujuan ibadat ialah untuk menyatakan ketundudkan diri terhadap suruhan Ilahi, bukan untuk berlumba-lumba ke arah pemodenan atau kemajuan. Oleh itu, sembahyang dalam Islam yang menetapkan bahasanya, tatacaranya dan arah menghadapnya adalah sama sahaja bagi orang yang berkuasa, dan memberi ruksah atau keringanan bagi orang-orang yang tidak berkuasa ketika mengerjakan ibadat itu.

Islam mengajar para penganut sembahyang dengan cara, bacaan dan arah menghadapnya sama sebagai maksud bahawa mereka adalah umat yang mempunyai satu arah, satu pendirian dan satu matlamat. Kalaulah Islam mengubah ibadat sembahyang, apa hal pula dengan ibadat sembahyang orang-orang Islam yang telah mati? Sembahyang juga menunjukkan kesatuan umat Islam di dalam program agamanya dan begitu juga ibadat-ibadat yang lain seperti puasa dan kadar memberi zakat.

Manakala perkara kedua iaitu al-Quran tidak boleh disalin bebas seperti kitab-kitab yang lain dikhuatiri terjadi seperti Bible yang bercanggah di antara satu ayat dengan ayat yang lain. Di samping itu, al-Quran memang tidak boleh diubah atau dipinda atau diselewengkan melalui apa cara sekalipun kerana ianya adalah bukti sebagai mukjizat dan juga janji dari Allah bahawa al-Quran tidak boleh diubah sehingga ke hari kiamat.

Bagi penjelasan kepada persoalan ketiganya iaitu nabi Muhammad s.a.w tidak boleh digambarkan kerana manusia tidak tahu bagaimana rupa bentuk dan wajah baginda. Lagi pun, gambaran wajah baginda bukanlah menjadi ukuran dalam status ibadat. Ajaran Kristian menggambarkan tuhannya Jesus bersama ibunya, tetapi mengapa ada orang Kristian memeluk Islam dan tidak beriman dengan Jesus? Sepatutnya keimanan mereka lebih tebal dan lebih yakin lagi apabila melihat gambar tuhannya. Dan Allah s.w.t tidak dapat dilihat, tetapi Dia melihat mata-mata yang melihat. Kalaulah Allah itu dapat digambarkan, nescaya ajaran Islam samalah seperti ajaran-ajaran tahyul yang lain yang menampakkan aksi dan lagak tuhan mereka.

Mengikut Muhammad al-Ghazali, al-Quran telah membawa prinsip-prinsip dan membenarkan ijtihad untuk mengoperasikan nas ke atas realiti dan membuat program-program sampailah ijtihad-ijtihad akal manusia pada setiap masa mengikut kemampuan dan permasalahan yang dihadapinya.[57] Menurut beliau juga, di antara punca silap memahami teks al-Quran ialah kerana ketidakupayaan para pentafsir memahami kususasteraan yang terdapat di dalamnya.[58] Ini dengan mudahnya membawa tafsiran yang tidak menepati kehendak sebenar al-Quran dan akhirnya membawa kepada kekeliruan dalam beragama.

6.3 PERPADUAN UMMAH

6.3.1 SEJARAH PEMBENTUKAN UMMAH

Imam al-Raghib al-Asfahani dalam kitabnya ‘Mufradat al-Quran’ berkata “al-Ummah” bermaksud setiap kumpulan atau jamaah yang dihimpunkan oleh satu keperluan tertentu, adakalanya kerana satu agama, tempat kediaman atau zaman sama ada mereka berkumpul kerana terpaksa atau atas kesedaran sendiri. [59]

Firman Allah Taala:

***********************

Maksud:

“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu.

Al-An’am (6): 38

Definisi ummah mengikut kamus al-Muhith ialah setiap golongan manusia yang telah diutuskan seorang Rasul Allah kepada mereka sama ada mereka beriman atau tidak. Takrif ini jelas menjadikan unsur keagamaan dan keyakinan sebagai asas terpenting bagi satu pembentukan ummah. Oleh yang demikian apabila disebut umat Islam ia merujuk kepada umat yang menerima seruan dan dakwah Nabi Muhammad s.a.w.

Pada mulanya umat manusia bersatu padu menurut agama Allah yang satu dengan pimpinan Nabi Adam a.s. Apabila keturunan Adam a.s berkembang-biak lama kelamaan semakin ramai yang terpesong dari pegangan akidah tauhid. Allah s.w.t telah mengutuskan para nabi dan rasul untuk membimbing umat dengan konsep tauhid yang sebenarnya.

Kini umat Islam di seluruh dunia mencapai jumlah yang melebihi satu billion (1250 juta) jiwa. Dengan jumlah yang begitu banyak adakah umat Islam menjadi satu ummah dengan makna sebenar, bersatu padu, teguh dan kuat. Seorang muslim adalah sebahagian daripada tubuh umat yang tidak dapat dipisahkan. Ia berjuang dan

berusaha mengorak langkah kehadapan memberi khidmat terbaik kepada ummatnya, merasa gembira dengan kebahagian umatnya dan merasa sedih dengan kedukaan ummatnya. Mengikut ajaran Islam, kaum muslimin seluruhnya adalah satu umat dengan berbilang bangsa, negeri dan bahasa.

6.3.2 CABARAN-CABARAN MASA KINI

Islam membangunkan masyarakat berlandaskan kepada asas perpaduan dan persaudaraan sesama ummat. Walau bagaimanapun usaha untuk merealisasikan perpaduan di kalangan ummat Islam seringkali ia menerima tentangan dan cabaran dari dua kelompok ini:

a. Cabaran Daripada Umat Islam [60]

i. Islam radikal: Mereka bersikap terlalu terbuka, melebihi adab, agama dan tatasusila kehidupan. Idea-idea mereka terlalu terbuka sehingga banyak menggunakan falsafah yang bertentangan dengan al-Quran dan hadith.

ii. Islam moden: Meraka menganggap Islam tidak sesuai dengan zaman ini dan cuba memodenkan Islam sesuai dengan kehendak mereka. Sejarah dan adab dipandang tidak releven dengan analisis mengenai masyarakat Islam.

iii. Islam tradisional: Mereka bersikap tertutup, tidak menerima sebarang pembaharuan yang difikirkan boleh merosakkan teras-teras syariat Islam.

b. Cabaran Daripada Pihak Barat

Pada saat Islam mula bersinar bagaikan cahaya yang terang benderang, musuh-musuh Islam terus menyusun strategi dengan sejuta cara dan segudang ramuan untuk memusnahkan umat Islam. Mereka sentiasa menaruh dendam kesumat yang membara di dalam lubuk hati yang kotor. Antara beberapa rancangan jahat untuk diserap ke dalam pemikiran umat Islam ialah:

i. Menyemarakkan penghancuran akhlak ummat Islam

Pertama: Gerakan Atau Khidmat Sosial / Seks / Pelacuran

Musuh Islam telah mewujudkan gerakan sosial untuk memberi khidmat seks kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan mencetuskan aksi yang kronik dan penularan gejala lain seperti ketagihan dadah dan arak. Seorang orientalis barat telah berkata:

“Kuasa dengan segelas arak dengan seorang penyanyi di sebelahnya akan dapat menghancurkan umat Muhammad lebih daripada kuasa seribu meriam. Kedua-dua benda ini akan melenyapkan mereka ke alam cintakan keduniaan dan nafsu syahwat.”

Pelacuran merupakan satu pekerjaan yang berbentuk khidmat sosial tertua dunia. Pertubuhan pembebasan wanita (Women Liberation) di barat telah berjuang mengharuskan pelacuran sebagai khidmat sosial bukan pekerjaan yang hina.

Kedua: Pertandingan Sosial/ Hiburan/ Permainan

Protokol Yahudi yang ke-13 menyebut : “Kita akan melalaikan manusia dengan pelbagai jenis hiburan dan permainan......kita segera memulakan pengiklanan di dalam akhbar mengajak manusia untuk memasuki pertandingan dari segala rancangan hiburan......”

Kini anak muda dan kaum remaja Islam tergila-gila dengan rentak dan irama muzik yang mengasyikkan sehingga menolak alunan al-Quran. Mereka menjadi buta dan sesat teraba-raba, terumbang-ambing di celah-celah keseronokan hidup dan kemewahan dunia, tanpa menilai lagi persoalan agama dan batas halal-haram.

ii. Menghancurkan kekuatan tauhid.

Apa yang diperjuangkan oleh musuh Islam ialah menerapkan doktrin ‘tujuan menghalalkan cara’ tanpa mempedulikan ikatan tauhid mahu pun norma agama. Kekacauan pemahaman palsu mula menjalar ke negara-negara Islam dengan menafsirkan kebebasan berpandukan akal semata-mata. Fahaman kebebasan beragama mengundang gejala murtad yang semakin serius.

iii. Ancaman gerakan orientalis dan zionis.

Dari masa ke masa, gerakan orientalis dan zionois Yahudi mengubah strategi memusnahkan Islam dan umatnya seperti ular menukar kulit. Musuh-musuh Islam tidak akan mengundur diri selagimana umat Islam tidak tunduk dan patuh terhadap budaya mereka sama ada yang baik atau buruk, manis atau pahit, suka atau benci, terpuji atau tercela. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.”

Al-Baqarah (2): 120

iv. Tekanan Politik, Ekonomi Dan Ketenteraan Terhadap Negara Islam

Musuh-musuh Islam terus menggenggam kuat dasar politik dan ekonomi negara-negara Islam dengan membuat perlembagaan, tradisi budaya dan serangan pemikiran yang berbeza dari ajaran Islam sebenar. Sistem politik dan ekonomi tidak akan berkembang maju sekiranya terikat dengan agama. Mana-mana negara Islam yang cuba menegakkan Islam yang syumul, universal, sempurna dan tulen akan mendapat ancaman dan tentangan hebat dari kuasa-kuasa besar negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat, Israel, Britain, Autsralia, Belanda dan lain-lain. Pihak musuh mampu melakukan apa sahaja untuk memecah belahkan kesatuan dan persatuan kaum muslimin. Mereka akan melakukan penipuan, penindasan, pemerkosaan dan seribu macam cara supaya umat Islam bermusuhan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Basir bin Mohamad (Dr) (2001), Sejarah Perundangan Islam, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Karim Zaidan (Dr), Terjemahan oleh Mohd Saleh Hj Ahmad, Sistem Kehakiman Islam, Jilid 3, Kuala Lumpur: Pustaka Hj. Abdul Majid.

Abd Karim Zaidan (1998), Kewajipan Menegakkan Negara Islam (terj.) , Dewan Pustaka Fajar; Kuala Lumpur.

Ab. Mumin Ab. Ghani, Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Bujairimi al-Khatib, Jilid 1.

Ezad Azraai Jamsari et. al. (2004), Pengajian Islam, Selangor:Fajar Bakti.

Ghazali Darussalam (1998), Dakwah Islam dan Ideologi Barat, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Ghazi ‘Inayah (Dr) (1994), Al-Usul al-‘Ammah lil Iqtisad al-Islami, Beirut: Zed Books Ltd.

Hailani Muji Tahir (1991), Sistem Ekonomi Islam dan Dasar Belanjawan, Selangor: al-Rahmaniah, 1991.

Haron Din (Dr) (1991), Manusia Dan Islam, Jilid 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hj. Ahmad Fauzi Morad & Ahmad Tarmizi Talib (1997), Tamadun Islam, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Kamus Dewan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Titiwangsa Sdn Bhd, kuala Lumpur.

Lutfi Mustafa El-Batnani, (2004), Pandangan Negatif Barat Terhadap Islam, Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Majid Ali Khan (1987), The Pious Caliphs, Syed Athar Husain, Islamic Book Pub., Safat.

Mohd Yusuf Ahmad (2005), Pengajian Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Muhammad Said Ramadan al-Buti (Dr), Al-Hadharah al-Islamiyyah.

Muhammad al-Ghazali (1994), Bagaimana Berinteraksi dengan al-Quran (Terjemahan oleh Muhammad Rivai Batubara, Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Musa Fathullah Harun (1997), Pendidikan Islam 2, Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Mustafa Abd Rahman (2001), Hadis Empat Puluh, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Mustafa Hj. Daud (1995), Perkahwinan Menurut Islam, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Nik Mustapha Nik Hassan (Penyunting) (1999), Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Rolf Idem dan Staffan Viotti (1978), Economic System, Oxford: Martin Roverston.

Said Hawwa (1993), Al-Islam, Kaherah: Dar al-Salam.

Syed Abdullah b. M Basmeih (2000), Muqaddimah Mastika Hadis, Cetakan Ke 8, Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Muhammad Nasri Hj Md Hussin & Mohd Hizam Hanafiah, Pengantar Perniagaan Islam, Selangor: Prentice Hall.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia, (2002), Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

TITAS (2002), Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Wahbah al-Zuhaily (2005), Feqh Perundangan Islam, Jilid 6, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Yusuf al-Qardhawi (2002), Fiqh Kenegaraan, ABIM: Kuala Lumpur.

Yusof Al-Qardhawi (1996), Membangun Ummah, Selangor: Thinkers Library Sdn. Bhd.

Rujukan Internet:

Sila rujuk Laman web PELANCAR ONLINE: Mendukung Cita-cita Koperasi (http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/Jan05/januari5.htm.) 4/26/2006

Pahrol Mohamad Juoi, (2004). Salah Faham Terhadap Islam. Daripada: http://www.yadim.com.my/Hadhari/IsHadhariFull.asp?IsHadhariID=81 (4/10/2004)


[1] Dr. Abdul Basir bin Mohamad (2001), Sejarah Perundangan Islam, Bangi: Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 10

[2] Dr. Haron Din (1991), Manusia Dan Islam, Jilid 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 140.

[3] Dr. Abdul Basir bin Mohamad, Op. Cit., hal. 10.

[4] Op cit, Safaee Zakaria, Mohd Zin Daud,. hal. 75.

[5] Op cit, Dr. Abdul Basir bin Mohamad, hal. 139.

[6] Hj. Abu Bakar Ismail, et. al, Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Jld.6. (Terjemahan), Kuala Lumpur: Era Visi Publication Sdn. Bhd., hal. 27.

[7] Mustafa Abd Rahman, Hadis Empat Puluh, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, 2001, hal. 17.

[8] Ibid., hal. 14. Lihat juga Syed Abdullah b. M Basmeih, Muqaddimah Mastika Hadis, Jab. Perdana Menteri, Kuala Lumpur, Cetakan 8, 2000.

[9] Hj. Abu Bakar Ismail, et. al, Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Jld.2. (Terjemahan), (Kuala Lumpur, Era Visi Publication Sdn. Bhd. h. 65.

[10] Op. cit,, Safaee Zakaria, Mohd Zin Daud,. hal. 75

[11] Hj. Abu Bakar Ismail, et. al, Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Jld.6. (Terjemahan), (Kuala Lumpur, Era Visi Publication Sdn. Bhd. hal. 27.

[12] Op cit, Hj. Abu Bakar Ismail, et. al. Jld. 3, hal. 103.

[13] Op cit, Safaee Zakaria, Mohd Zin Daud,. h. 75.

[14] Bujairimi al-Khatib, Jilid 1, hal. 45

[15] Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Muhammad Nasri Hj Md Hussin & Mohd Hizam Hanafiah, Pengantar Perniagaan Islam (Selangor: Prentice Hall), h. 45

[16] Rolf idem dan Staffan Viotti, Economic System (Oxford: Martin Roverston, 1978) h. 1

[17] Dr. Ghazi ‘Inayah, al-Usul al-‘Ammah lil Iqtisad al-Islami (Beirut: Zed Books Ltd.,1994), h.41

[18] Hailani Muji Tahir, Sistem Ekonomi Islam dan Dasar Belanjawan (Selangor : al-Rahmaniah, 1991)

[19] Ab. Mumin Ab. Ghani, Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia (Kuala Lumpur : JAKIM), h. 30

[20] Ibid., h. 556.

[21] AB Mumin AB Ghani (1999), op.cit., h. 268

[22] Ibid., h. 268.

[23] Ibid., h. 270

[24] Ibid., h. 271.

[25] Ibid., h. 282.

[26] Ibid., h. 567.

[27] Mahayudin Hj Yahaya, Tamadun Islam (Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1999), h. 238.

[28] Ibid., h. 239.

[29] Ibid., h. 239

[30] Ibid., h. 239

[31] Ibid., h. 336

[32] Ibid., h. 339-340.

[33] AB Mumin AB Ghani (1999), op.cit., h. 340

[34] Ibid., h. 340

[35] Sumber rujukan daripada fail Takaful.

[36] AB Mumin AB Ghani (1999), op.cit., h. 350

[37] Ibid., h. 351

[38] Ibid., h. 351-352

[39] Sila rujuk Laman web PELANCAR ONLINE: Mendukung Cita-cita Koperasi (http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/Jan05/januari5.htm.) 4/26/2006

[40] Penyunting Nik Mustapha Nik Hassan, Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia (Penerbit: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 1999), h. 1

[41] Ibid., h. 2

[42] Ibid., h. 4-7

[43] Dr.Muhammad Said Ramadan al-Buti, al-Hadharah al-Islamiyyah, op-cit

[44] Kamus Dewan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Titiwangsa Sdn Bhd, kuala Lumpur.m/s 536.

[45] http//cyber kembara.tripod.com/global.html.

[46] Ibid., h.3

[47] Ibid, h.2.

[48] Pahrol Mohamad Juoi, (2004). Salah Faham Terhadap Islam. Daripada: http://www.yadim.com.my/Hadhari/IsHadhariFull.asp?IsHadhariID=81 [2004, Oktober 4]

[50] Lutfi Mustafa El-Batnani, (2004), Pandangan Negatif Barat Terhadap Islam, Darul Nu’man, Kuala Lumpur.

[51] Ibid.

[52] Ibid., hlm 110.

[53] Ibid., hlm 111.

[54] Ibid., hlm 112.

[55] Ibid.

[56] Ibid., hlm 113.

[57] Muhammad al-Ghazali : Bagaimana Berinteraksi dengan al-Quran (terj : Muhammad Rivai Batubara) Angkatan Belia Islam Malaysia, Selangor, m.s : 129 (1994).

[58] Ibid, m.s 115.

[59] Yusof Al Qardhawi (1996), Membangun Ummah,Selangor.Thinkers Library Sdn.Bhd.hlm.11

[60] Ghazali Darussalam (1998)Dakwah Islam dan Ideologi Barat.Kuala Lumpur Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Hlm 6

No comments: