AHLAN WASAHLAN

Tuesday, March 24, 2009

BERLUMBA MEMBURU KEMENANGAN



Sebahagian pelajar yang hadir


Menikmati gulai kawah



Gulai kawah
Timbalan Pengarah menyampaikan sumbangan kepada pemenang

Antara yang hadir majlis penutup

Firman Allah
Surah Ali Imran ayat: 133

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, "

Program minggu aktiviti ikm lumut berakhir pada hari ini 20 Mac 09.

Bermula dengan Doa kemudian nyanyian negaraku oleh para pelajar .
Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi di dewan besar .

Majlis dirasmikan penutupnya oleh Ybhg En Mohd Nawawi Bin Omar, Timbalan Pengarah.

Kemudian di ikuti dengan pembahagian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang.Sesungguhnya usaha bermandikan peluh selama dua hari yang lalu, telah menampakkan hasilnya pada hari ini , dengan diberi penghargaan berbentuk piala dan "hamper".

Inilah kaitan ayat di atas, dimana didalam usaha mencari kemenangan, dan menempa kejayaan samada untuk individu atau pun mewakili pasukan, usaha dan konsep berlumba adalah amat penting untuk dihayati.

Apalah sangat "hamper dan piala" berbanding kepenatan dan keletihan, panas dan hujan di harungi sekadar mendapat hamper, tetapi sebenarnya segala yang berlaku itu amat penting sebagai iktibar, untuk teruskan perlumbaan dan pencarian ilmu dan menempa kejayaan untuk masa hadapan adalah lebih perlu lagi dilipat gandakan usaha untuk berlumba-lumba, bukan sahaja mengharungi panas dan hujan, bahkan gelombang dan badai perlu ditempuhi dan di harungi demi mencari keredhaan dan kemenangan yang hakiki.

Kemenangan di bidang akademik, kemenangan di bidang kemahiran,apa lagi kemenangan mencari keampunan Ilahi adalah berbentuk "piala" dan "hamper" yang lebih bermakna dan abadi dari sisi Allah Swt.


Inilah hakikat yang perlu dihayati oleh semua warga IKM Lumut sempena minggu aktiviti pada kali ini.

Majlis berakhir dengan jamuan gulai kawah dan nasi putih, sebelum bersurai untuk menunaikan solat Jumaat dan aktiviti seterusnya , mudah-mudahan kita semua dipelihara Allah, amin !!!!

Wasalam.

No comments: