AHLAN WASAHLAN

Tuesday, March 24, 2009

AMALKAN SUNNAH NABI DALAM KEHIDUPAN

Susunan dilam laci


Fail yang seragam


Susunan dalam almari



Label tentang kandungan
Photo di atas sekadar hiasan sahaja!!!!
Anda lagi hebat dan arif.
Budaya 5S adalah , budaya yang di amalkan oleh orang Jepun tentang kebersihan dan kerapian.

Budaya ini kini sedang di aplikasikan di tempat kerja aku , IKM Lumut,dan aku berfikir jika budaya ini kita terapkan di lingkungan kita , di mulai dari diri,rumah kita ,Masjid Kita,Negeri kita atau pun Negara kita,alangkah baiknya.

Kini aku dan sahabat-sahabat, akan cuba amalkan di pejabat Ppendidikan Islam... tentu kita akan terasa sekali manfaatnya.Sahabat-sahabat...Sesungguhnya budaya ini bukanlah budaya kepunyaan jepun atau milik sesiapa, tetapi asal usulnya adalah milik Allah daripada Agama kita sendiri,

Rasulullah saw adalah orang yang mula-mula membudayakannya sebagai Sunnah, seperti bersih di aplikasikan dalam berwudhu',teratur di aplikasikan dalam sof sembahyang,tersusun dan teratur juga ada dalam sof , iaitu sof pertama lelaki dewasa, sof kedua kanak-kanak lelaki,sof ketiga, khunsa lelaki, sof keempat wanita dewasa,sof seterusnya kanak-kanak perempuan dan sof terakhir ialah khunsa perempuan....,indah dan seterusnya diamalkan terus sepanjang hayat dan dimana sahaja...itulah konsep 5S yang sebenarnya yang semestinya menjadi amalan hidup umat Islam diseluruh dunia.

Firman Allah dalamSurah Ass Shaff: ayat 4 )
Bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bekerja dan berjuang dijalan-Nya dalam suasana kemas dan teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh"

Apa itu 5S ?

5S adalah teknik untuk menjaga mutu sesebuah perusahaan atau institusi dengan cara mengembangkan penyusunan dan pengurusannya. Teknik yang dimaksud ini melibatkan 5 langkah yang dikerjakan secara berurutan dan dapat dilakukan dimana-mana sahaja.

SEIRI :

Adalah kata pertama “S” dalam bahasa Melayu-SISIH :yang berarti “Pengorganisasian”. i menjaga barang yang diperlukan serta memisahkan barang yang tidak diperlukan.

Kata kedua “S” adalah Seiton:

Berarti :SUSUN-“Kerapian”. Adalah hal mengenai bagaimana cepat kita meletakkan barang dan mendapatkannya kembali pada saat diperlukan dengan mudah.

“S” ketiga adalah Seiso :

Berarti SAPU. Kebersihan harus dilaksanakan dan dibiasakan oleh setiap orang

Seiketsu :

Adalah S keempat - Berarti SERAGAM-STANDARISASI. Kegiatan sehari-hari yang berkaitan dengan tiga S yang pertama harus distandarisasikan.

Shitsuke:

S yang terakhir adalah- Diartikan sebagai SELALU AMAL-DISIPLIN. Maksudnya adalah AMALAN BERTERUSAN , walaupun selepas mendapat sijil, bermakna menerapkan kemampuan melakukan sesuatu sesuai dengan cara yang seharusnya.

Sama-samalah ita berdoa agar usaha kitaini khususnya, dikurniakan kejayaan terutama pada 30 Mac 09 nanti, dengan mendapat Sijil daripada pihak MPC, dan umumnya jadikanlah budaya 5S ini ,sebagai sebahagian dari ibadat yang akan dikurniakan ganjaraan daripada Allah swt.InsyaAllah.

No comments: