AHLAN WASAHLAN

Sunday, March 15, 2009

MINGGU AKTIVITI


Jasamu dikenang
Minggu aktiviti dihari pertama.Pelbagai dugaan dan ujian menimpa...Alfatehah untuk Arwah ibu tiri Saudara Tarmizi, Penyelaras bola sepak ,begitu juga untuk Zul, Timb. pengerusi Semoga nenek beliau cepat sembuh.


DJ dan Crew yang gigih
Begitu juga Ajk yang lain.Ketua-ketua Zon 5s terlibat dengan tugas 5s , semoga usaha anda melahirkan kejayaan.
Begitu juga yang lain-lain yang terpaksa bercuti , meraikan anak dan suami atau isteri masing-masing, mudah-mudahan anda semua bahagia.

Pen SU,bendahari dan SU...Din

Untuk para peserta sekelian , atas penyertaan anda yang ikhlas mudah-mudahan akan diperfmudahkan oleh allah untuk terus berjaya dan diberkati.

Iqrar ..teruskan khidmat

Jom kita bina kejayaan

WaJah ceria anak didik kita

Syifu Senamrobik

Pelajar tetap setia dengan minggu aktiviti....


Ayoh teruskan langkah

Alahai silat pun masuk kawad...memang hebat

Bersemangat langkah di atur

Berdisiplin mengikut jurusan masing-masing
Doa dibaca mohon keselamatan dan keampunan
16 Mac 09- IKM Lumut

Bermula jam 8.00 pagi semua staf dan warga IKM Lumut, dengan semangat teamwork berkumpul di padang ikm .

Acara dimulakan dengan lagu negaraku,bacaan doa dan iqrar minggu aktiviti.Kemudian diikuti dengan pembarisan oleh empat unit beruniform , iaitu kelab Penyelamat dan kebakaran, kelab silat,Pasukan JPA3 dan PLAS ( TLDM) dan di hakimi oleh 2 orang jurulatih dari JPA3.

Setelah selesai perbarisan, program senamrobik dipimpin oleh En Ghazali dari TLDM yang kini berkhidmat dengan PLKN.

Program senamrobik , memang mendapat sambutan ramai dan akan diadakan lagi esok dan dan pada hari penutup , jumaat 20 Mac 09.

Sekarang ini berlangsung, pertandingan Futsal.

Apun acara merentas desa yang dibantu oleh pasukan Polis Diraja Malaysia, cawangan traffic Lumut di lepaskan di pintu masuk sebentar tadi.

Acara tarik tali , Petanque, Ravo dan perlawanan bola sepak antara jurusan, juga sedang rancak berjalan, walaupun padang agak lecak dan sedikit banjir, lantaran hujan dan ribut yang melanda sekitar Manjung semalam.Alhamdulillah dengan semangat kerjasama , nampaknya perkara yang susah menjadi mudah....

Petang ini akan bersambung lagi.

No comments: