AHLAN WASAHLAN

Friday, March 13, 2009

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT INSTITUT


Tanda ingatan dari Institut

Sebahagian pelajar perempuan
Sebahagian pelajar lelaki di dalam program tersebut

Tokoh dari pelajar perempuan
Us Abdullah,Timbalan pengarah dan Us Abd Razak
Af Ustaz Abdullah Hussin



13 Mac 2009-Jumaat,

Unit Pendidikan Islam Institut kemahiran Mara lumut, sekali lagi -Telah mengadakan Majlis sambutan Maulidur Rasul.
Program bermula pada pukul 3.00 petang itu di rasmikan oleh Ybhg Timbalan Pengarah , Tn Hj Mustaffa Hamzah.Hadir sama semua staff pendidikan Islam dan sebahagian staff yang lain.
Dalam majlis itu juga di adakan penganugerahan Tokoh pelajar terbaik.
Ceramah yang di sampaikan oleh Af Ustaz Abdullah Hussin dari Taiping itu antara lain mengupas:

Rasulullah Saw merupakan Rasul akhir zaman yang di utuskan Allah kepada manusia,bukan sekadar untuk di ingati dan dibaca sejarahnya sebagaimana sejarah hikayat merong mahawangsa,hikayat demang lebar daun atau mana-mana catatan sejarah manusia lain.

Perutusan dan sejarah Rasulullah saw adalah petunjuk dan ada kaitan dengan Aqidah dan Syariat, sebagaimana maksud firman Allah Al Anbiya' 107.

"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."

Ali Imran 144: bermaksud

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul[234]. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. "


[234]. Maksudnya: Nabi Muhammad s.a.w. ialah seorang manusia yang diangkat Allah menjadi rasul. Rasul-rasul sebelumnya telah wafat. Ada yang wafat karena terbunuh ada pula yang karena sakit biasa. Karena itu Nabi Muhammad s.a.w. juga akan wafat seperti halnya rasul-rasul yang terdahulu itu. Di waktu berkecamuknya perang Uhud tersiarlah berita bahwa Nabi Muhammad s.a.w. mati terbunuh. Berita ini mengacaukan kaum muslimin, sehingga ada yang bermaksud meminta perlindungan kepada Abu Sufyan (pemimpin kaum Quraisy). Sementara itu orang-orang munafik mengatakan bahwa kalau Nabi Muhammad itu seorang Nabi tentulah dia tidak akan mati terbunuh. Maka Allah menurunkan ayat ini untuk menenteramkan hati kaum muslimin dan membantah kata-kata orang-orang munafik itu. (Sahih Bukhari bab Jihad). Abu Bakar r.a. mengemukakan ayat ini di mana terjadi pula kegelisahan di kalangan para sahabat di hari wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. untuk menenteramkan Umar Ibnul Khaththab r.a. dan sahabat-sahabat yang tidak percaya tentang kewafatan Nabi itu. (Sahih Bukhari bab Ketakwaan Sahabat).

Kesimpulan:

1. Natijah sambutan ialah sebagai penyuntik semangat agar Risalahnya di hayati dan di amalkan didalam semua aspek kehidupan.
2. Risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw, adalah sesuai untuk semua dan sebilang masa sehinggalah qiamat.
3.Untuk menempa kejayaan di dunia atau akhirat , tiada jalan pintas, melainkan Rasulullah saw sebagai rul modelnya.
4.Adalah satu kesilapan besar sekiranya umat Islam menjadikan sambutan maulidur Rasul sekadar mengisi ajenda program tetapi isipati ajaran Rasul di abaikan.
5. Mudah-mudahan dengan majlis ini akan menyemarakkan lagi penghayatan kita dan kecintaan kita kepada rasulullah saw dan beramal dengan Sunnahnya, InsyaAllah.

Wassalam.


No comments: