AHLAN WASAHLAN

Monday, March 30, 2009

TERUSKAN PERJUANGAN

Kursus Smart Solat dan pengurusan Jenazah IKM Lumut- 27 & 28 Mac 2009:

Alhamdulillah, dengan kerjasama 15 orang fasilitator dan 200 para peserta , sekali lagi Unit Pendidikan Islam telah berjaya mengadakan kursus siri ke dua bagi sesi jan-jun 2009.

Bertempat di KB Chalet ,program bermula 3.00 petang hari jumaat, dengan menaiki 2 buah bas kampus, dan beralhirnya pada 28 mac 09 .

Program ini , dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Am , Tn Haji Che Ab Rahim , pada jam 9.00 malam.

Aktiviti seterusnya ialah Kuliah pertama berhubung dengan Solat sebagai penggerak motivasi bagi melahirkan para pelajar yang mempunyai wawasan hidup yang jelas.

Kemudian di sambung dengan program interaaksi dan wacana ilmu dalam bentuk kumpulan kecil yang dibimbing oleh para fasilitator.

Menjelang pagi , selepas solat suboh berjamaah, didedahkan dengan riadhah dan makan berjoging hingga ke Jeti Kampung Baru.

Selepas sarapan pagi , program mengingati mati, dengan kursus tiori dan prektikal pengurusan jenazah.

Program berakhir pada jam 2.00 petang dan kembali semula ke kampus .Mudah mudahan kursus singkat ini mampu melahirkan para pelajar yang berkemahiran dan bermotivasi tinggi , selaras dengan tuntutan solat dan ajaraan Rasulullah Saw, supaya sentiasa ingat kepada mati.

Wasalam

No comments: