AHLAN WASAHLAN

Wednesday, June 3, 2009

SELAMAT BERCUTI






Peperiksaan akhir semester sudah berakhir bagi sesi jan-jun 2009 untuk semua pelajar-pelajar IKM Lumut,harapan agar semuanya cemerlang.Itulah harapan Ibu ayah ,dan kini tiba masa untuk melepaskan kepenatan dan kesibukan di alam pembelajaran,untuk singgah sebentar di alam cuti...justeru itu Programkan masa semasa cuti panjang semester ini dengan harapan pelajar akan memanfaatkan cuti tersebut sepenuhnya dalam menghadapi kejayaan dan kegemilangan seterusnya.

Kalau perlu keluar dan bersantai meraikan cuti ini, rangcanglah dengan memikirkan hanya yang terbaik sahaja, samada tingkatkan silaturrahim bersama keluarga tercinta atau meluaskan ilmu dan pengalaman bagi menghadapi cabaran kehidupan yang penuh dengan ranjau ini.


Apapun keselamatan dan kesihatan perlu dijaga.

Persediaan diri yang baik akan membolehkan pelajar memasuki alam Latihan industri bagi sem akhir dan sem 2 serta tiga dengan lebih yakin lagi dan penuh prestasi. Harus diingatkan bahawa cuti semester ini tidaklah panjang sangat , tetapi kalau dimanfaatkan semaksima mungkin ianya amat bernilai...Ingat Masa itu Kehidupan yang tidak akan dapat dikitar semula !!!!!

Plan Your Work. Work Your Plan.

Bagi staf pula, Selain bercuti...ingat ada kerja yang perlu di buat...Ingat walaupun 8- 12 Jun adalah sukan MARA...yang bertempat di JB,Tetapi 8 Jun juga adalah PRA SENAT...Justru itu Pastikan anda dah bereskan tugas dan tanggungjawab anda.

Selamat bercuti dan bertugas...


No comments: