AHLAN WASAHLAN

Wednesday, May 20, 2009

BERPISAH AKHIRNYA


Tanda ingatan

Wakil ahli nisa'

Untuk Fasi

Alhamdulillah , pada petang 20 Mei 2009, jam 3.00 petang rabu, satu pertemuan program ko kurikulum berlangsung di Surau AlMakmur.

Program yang di mulai dengan pembersihan dan menyusun buku-buku dan al qur'an, sebagai simbol kehidupan yang perlu sentiasa sentiasa smart and clean.Suci dan bersih atau yang di nyatakan oleh Islam sebagai "Halaalan Toyyiba" ...Inilah budaya yang diterapkan oleh Union Pendidikan Islam.

Selepas majlis jamuan nasi "Hujan Panas" oleh Sheff Sha'arani, di adakan majlis penyampaian cederahati kepada pasukan yang cemerlang, sebagai penghargaan agar tanda mata ini menjadi pengikat kasih dan sayang antara ahli dengan Fasilitator, sebagai satu Usrah dan keluarga.

Harapan kami para penasihat dan fasi, agar ilmu yang disampai selama lebih kurang 18 minggu ini , menjadi bekalan dan alat yang sangat bernilai bagi memandu arah kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi ini.

Program yang menjadikan Surau sebagai markaz ini ,melambangkan , walau dimana pun kita berada, walau siapa pun kita, walau sehebat mana pun kita.....surau dan masjid jangan di lupai, jangan dimusuhi.

Orang "masjid" adalah ikutan kita, orang surau adalah ikutan kita, Sesungguhnya nabi Muhammad saw, adalah orang yang mula-mula membina masjid dan orang yang makmurkan Masjid, maka kita tiada pilihan lain.....Jadikan Masjid dan Surau sebagai asas kepada kehidupan yang di redhai Allah.

Menuju cinta Ilahi.
Allahu akbar
Wassalam.

No comments: