| |
Assalamualaikum, AlhamdulilLah wassalatu wassalam ala rasulilLah, terima kasih di atas ziarah para tetamu. Sesungguhnya tanggungjawab sebagai Hamba Allah adalah banyak, perlu kepada pengurusan masa yang cekap dan berhemah. Dalam sebuah hadiis sahih riwayat al-Tirmiziy, Ibn Majah, al-Suyutiy dan lain-lain, Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah, para malaikat, para penghuni langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya dan ikan dalam air mendoakan untuk sesiapa yg mengajar manusia kebaikan" Hadis ini dinilai sebagai hasan sahih gharib oleh al-Tirmiziy.Imam Syafi'iy amat menghormati gurunya, beliau berkata : Berdirilah untuk guru dan sempurnakanlah memuliakan hampir-hampir guru itu menduduki tempat sebagai rasul Walaubagaimanapun, di samping kenyataan yg benar tentang kemuliaan guru ini, Ingatan Abul Aswad ad-Duali yg menjadi mustasyar dirasi kepada urusan pendidikan negara Islam pada zaman Ali r.a sebagai amirulmukminin hendaklah diambil berat.Beliau berkata dlm pekeliling edaran kerajaan pada zaman itu, antara lain seperti yang dinyatakan dalam Siyar a'lam an-Nubalak : Wahai orang yang mengajar orang lain bila engkau akan membimbing dirimu sendiri Engkau menjelaskan tentang kaedah rawatan tapi engkau sendiri yang sebenarnya sakit Aku mendapatimu menunjukkan jalan hidayah pada mereka sedangkan engkau sendiri sedang sakit Mulakanlah diirimu, maka tegahlah ia dari kesesatan jika berlaku begitu, barulah engkau itu bijak Kata-kata mu akan didengari dan bermanfaat apabila berlaku seperti itu , barulah ubatmu bermanfaat
Kata-kata ini mirip dengan seruan Allah pada awal surah al-Saff, agar kita mengotakan kata dengan amal jangan jadi penyampai maklumat sahaja.Renungilah diri kita sama-sama agar jangan jadi seperti perumpamaan Allah dalam surah al-Jumu'ah, Himar yang memikul beban, namun sedikitpun tak bermanfaat untuknya. Atau surah Assof ayat 2: bermaksud " Wahai orang -orang beriman kenapa kamu berkata tetapi kamu tidak melakukannya , amat besar kemurkaan Allah kepada orang-orang yang berkata tetapi tidak melakukanya" SELAMAT HARI GURU
|
AHLAN WASAHLAN
Sunday, May 17, 2009
SELAMAT HARI GURU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment